Pages

Friday 28 December 2012

Final Exam Just Around The Corner !!



Bismillahhirrahmanirrahim...

Sekejap sahaja masa berlalu, lagi beberapa hari aku akan menduduki peperiksaan akhir semester. Sekejap ja masa berlalu. Rasanya macam baru ja masuk semester 1, sekarang ni dah masuk tahun akhir. Nak kena study balik apa yang 4 bulan lalu yang aku dah belajar. Aku ada 2 final exam. Al-maklumlah aku buat dua pengajian serentak. 1 untuk post-graduate diploma, 1 lagi untuk degree... banyak pulak rasanya nak cover semua subjek tu.  Walau bagai mana pun periksa tetap kena aku hadapi.

So, untuk sapa-sapa yang dah nak final exam, good luck ok... InsyaAllah, kita boleh berjaya. Mana tau ada keajaiban akan berlaku. Buktikan pada kawan-kawan kita yang kita pun boleh. Keluarga pun meletakkan harapan yang tinggi. Dan aku ada extra sikit, nak buktikan pada orang yang selalu cakap besar dan over confident depan kawan-kawan (tak tau la dia sedar ke tak yang dia tengah cakap besar time tu). Semoga kita dijauhkan dari sifat riak dan takbur. Jangan lupa mohon pada Allah dan ingat yang Allah tak suka pada orang yang berputus asa. Cuba buat yang terbaik.

i need to work really hard…i really need to struggle beb.. 

Selamat menduduki peperiksaan ye...


Tuesday 25 December 2012

Antara Bersih Atau Suci


Tatkala aku sedang duduk sendirian melihat gambar-gambar yang aku ambil ketika bersama kawan-kawan di The Mines Serdang, fikiran aku melayang memikirkan suasana yang aku alami ketika hendak menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim di situ. Keadaan di mana umat islam yang berada di situ berpusu-pusu menuju ke surau yang disediakan untuk menunaikan solat maghrib. Aku dan kawan-kawan juga turut bergegas ke surau agar tidak lewat menunaikan kewajipan dengan beranggapan bahawa dapat berjemaah beramai-ramai. Aku juga beranggapan bahawa surau yang disediakan juga luas yang membolehkan orang ramai sembahyang beramai-ramai. Namun, apa yang aku fikirkan semua itu meleset.


Keadaan laluan menuju ke surau sempit. Aduh, macam mana nak lalu? Fikir aku sendirian. Laluan yang kecil untuk menuju ke tandas dan surau. Satu laluan untuk dua jantina. Ketika lalu menuju ke surau lelaki yang berada di belakang, terpaksa melalui surau perempuan yang berada di hadapan. Laluan menjadi sukar apabila wanita-wanita beratur menunggu giliran mereka untuk sembahyang. Ini telah menyebabkan aku dan lelaki-lelaki yang ingin sembahyang terpaksa berhimpit-himpit dengan wanita yang sedang beratur tunggu di laluan itu.

Sampai sahaja di surau, masalah yang timbul pula ialah, ruang untuk sembahyang penuh sehingga menyebabkan keadaan menjadi sesak akibat masing-masing berebut untuk masuk ke dalam bagi menyempurnakan kewajipan kerana waktu isyak semakain hampir. seorang lelaki arab menegur aku dan kawan-kawan sambil megajak kami sembahyang di lantai bahagian luar  surau. Kami terus bersetuju tanpa bercakap banyak. Kami mengambil wuduk di tandas dan terpaksa berhati-hati ketika menuju ke surau agar wuduk tidak terbatal kerana terpaksa lalu berhampiran surau wanita.

Seusai iqamah, sembahyang kami diimankan lelaki arab itu.

Antara suci atau bersih

Selesai sembahyang, aku memandang ke belakang, rupa-rupanya ada juga yang sembahyang berjemaah bersama kami, Namun begitu tidak kurang yang pandang pelik terhadapa kami dengan pandangan seolah-olah kami sembahyang di tempat yang kotor. Adakah kerana mereka lebih rela menunggu giliran mereka sehingga habis waktu solat maghrib asalkan dapat sembahyang di tempat yang bersih, berhawa dingin dan mempunyai sejadah yang lembut tatkala sujud? Yang mana lebih wajib? Sembahyang di awal waktu atau di tempat selesa?


            Selaku umat islam, kita diajar untuk membezakan yang mana bersih dan yang mana suci. Dalam islam, hatta debu pasir sekalipun, kita masih boleh gunakannya sebagai bahan untuk bersuci walaupun ada yang mengganggap ianya kotor.

            Begitulah dengan tempat yang kita jadikan tempat solat. Tempat yang suci adalah menjadi keutamaan. Lantai yang dijadikan tempat sembahyang itu tidak ada najis, kotoran, malah ketika aku sujud, tidak pula berbau najis. Kita haruslah pandai membezakan yang mana bersih dan yang mana pula suci. Bersih belum tentu suci. Yang suci itu pasti ia bersih. Wallahu a’lam.


Anda pilih bersih atau suci?? :)

Thursday 13 December 2012

Rengit Semakin Hangit

 Gambar di tempat kejadian

 Dek kerana kemalangan yang berlaku semalam di jalan menuju Fakulti Undang-undang UKM di antara Bas Rengit dengan sebuah kereta Kancil, hari ini Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) tampil memberi sedikit penerangan dan penjelasan berkaitan hal sebenar Bas Rengit yang dikatakan SEMAKIN HANGIT. 

 Speakar PMUKM memberikan penerangan
Sebelum ini mahasiswa UKM banyak mengatakan bahawa perkhidmatan Bas Rengit yang tidak sampai 1 semester berkhidmat di UKM ini beroperasi dengan tidak hemat. Antara aduan yang diterima PMUKM adalah seperti pemandu bas kurang ajar, hisap rokok dalam bas, memandu dalam keadaan laju, keadaan bas yang daif dan sebagainya.



Pihak Wisma Aman cuba meleraikan perhimpunan

Apabila sudah berlaku kemalangan seperti ini, maka mahasiswa tampil untuk menuntut pentadbiran UKM agar menyelesaikan isu terbabit dengan harapan agar kemalangan seperti itu tidak berlaku lagi. Bak kata pepatah Melayu, jangan sampai terantuk baru nak tengadah.



Tuesday 11 December 2012

Kata Hikmah 2


Kata Hikmah 1


Sunday 25 November 2012

Mock Trial USIM



Alhamdulillah pada 22 November 2012 hari itu aku berkesempatan untuk menyaksikan mock trial 2.0 USIM yang bertajuk DI SEMPADAN KASIH ZULAIKHA. Satu pementasan yang berlainan kerana mengambarkan suasana perbicaraan terhadap seorang pesalah ketenteraan di MAHKAMAH TENTERA. Suatu perbicaraan yang aku kira jarang untuk masyarakat umum menyaksikan perbicaraan sedemikian. Tahniah kepada Fakulti Syariah & Undang-undang USIM.


Hijrah Bukan Hanya Semperna Maal Hijrah Sahaja




Walaupun Tahun baru hijrah sudah berlalu beberapa minggu yang lau, aku baru nak cerita pasal hijrah. Bukan apa, aku ternampak poster yang aku buat semperna maal hijrah hari itu. Aku harap apa yang diazamkan semperna maal hijrah tidak terus padam.

SETIAP hari dan waktu umur kita semakin meningkat sama ada memasuki tahun baru atau tidak. Apabila hayat bertambah singkat, ajal semakin dekat. Bak kata pepatah melayu, “rumah kata pergi, kubur kata mari”. Oleh hal yang demikian, kita diseru untuk berazam ke arah yang lebih baik, sama ada menjelang atau sebelum tahun baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang Muslim. 

Masa akan terus berlalu tanpa menunggu kita. Berlalu tanpa mengira siapa kita. Kebaikan jangan ditangguh, keburukan pula jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah fenomena hidup kita seharian. Hijrah tidak perlu tunggu maal hijrah sahaja. Berhijrah daripada sesuatu keburukan kepada kebaikan adalah dituntut setiap masa.

Panjat Bukit Broga

Kembali meng “update” setelah sekian lama menyepi. Sulu selalu aku tengok gambar kawan-kawan aku panjat Bukit Broga.  So ini kali pertama aku jejak kaki ke Bukit Broga yang jauhnya mengambil masa hampir 1 jam perjalanan. Perancangan yang dibuat “last” minit. Kami gerak dalam jam 4.30 pagi hari Khamis dan mula panjat jam 5.30pagi. Agak menakutkan sikit kawasan kaki bukit tu sebab gelap, sunyi dan dikelilingi ladang sawit dan getah. Walaupun begitu, perjalanan kami meriah kerana dapat pergi beramai-ramai konvoi naik motor.


Pagi-pagi dan tengah gelap lagi dah panjat bukit, ni pengalaman pertama aku beb! Dengan bantuan lampu handphone je kami mampu jalan. Nasib baik ada.lampu suluh ada 1 je. Atoi...hehehe
Cube tengok awan tu, subhanallah sangat unik. Kalau kat bawah susah nak nampak.




Kadang-kadang kan kalau dok kat atas bukit ni sambil disapa oleh tiupan angin, terasa macam bebas dari segala benda. Kepala ni rasa kosong je rasa hilang semua masalah yang dicipta sendiri dan disebabkan oleh orang lain  HAHA . Korang nanti try jugak la ye cuci mata kat atas bukit ni sambil tengok bandaraya KL dari sini. Tak jelas sangat tapi nampak la segala pencakar langit yang ada



Monday 15 October 2012

Sifat Pemurah Dalam Diri




Masih aku ingat isi kandungan usrah yang aku hadiri 4 hari lepas. Usrah yang menjadi rutin bulanan yang dianjurkan oleh kelab jabatan aku khas untuk exco-exco. Usrah yang menjadi platform bagi penyucian dan pengisian rohani bagi orang-orang seperti aku. PEMURAH itulah tajuk yang menjadi pilihan Dr Adib, penasihat dan pensyarah di jabatan aku.

            Pemurah, suatu sifat yang perlu ada dalam diri seseorang. Tidak kira siapa. Wajib dimiliki oleh semua yang bergelar manusia, insan yang mulia di sisi-NYA. Menjadi seorang pemurah, pemberi dan tidak kedekut adalah sifat yang amat terpuji. 

            Sifat pemurah yang ada dalam diri ini juga melambangkan diri dan siapa kita. Jika kita selalu memberi, maka Allah akan selalu memberi kepada kita. Andainya kita kedekut dan bersifat bakhil, maka bukan sahaja rahmat-NYA tiada bahkan ramai yang akan lari daripada kita.

            Aku ini bukanlah seperti mereka yang selalu menderma di luar sana, Namun cukuplah sedikit aku memberi daripada menjadi seorang yang berkira. Sekurang-kurangnya aku menambah pahala daripada aku menambah dosa. Elok aku memberi daripada berlagak sahaja. Harta itu tidak kemana kalau ia tidak dibelanja pada jalan Yang Maha Esa. Kelak bila mati ia akan dibiarkan sahaja kepada mereka yang ada di dunia tidak boleh diusung sekali dalam keranda.

            Ada suatu cerita mengenai seorang lelaki yang mempunyai penyakit hati. Hati yang dimaksudkan ini bukanlah sifat hati, tetapi fizikal hati yang hakiki yang menghidapi penyakit. Disebabkan penyakitnya itu, maka dia perlu menjalani pembedahan. Ditakdirkan pada suatu hari, ketika sedang menunggu giliran untuk menjalani pemeriksaan di sebuah hospital di luar negara, sedang asyik melihat keluar jendela, matanya terpandang seorang tua yang sedang memungut cebisan-cebisan daging yang jatuh di jalanan berhampiran hospital.  Lelaki ini tanpa menunggu lama, dia turun menemui mak cik tua itu dan bertanya,

“kenapa mak cik memungut daging itu?”

Mak cik tua itu menjawab,

“inilah peluang untuk kami memakan daging.”

Akhirnya beliau membawa makcik itu ke kedai daging dan memberitahu kepada penjual daging itu bahawa dia akan membayar kos daging kepada mak cik tua tua itu seminggu sekali selama setahun. Selepas itu mak cik tua itu berdoa kepada Yang Maha Esa semoga lelaki itu sihat dan disembuhkan dari segala penyakit dan sebagainya sedangkan mak cik itu tidak tahu bahawa pada hakikatnya lelaki itu memang mempunyai penyakit yang merbahaya. Selepas memberi daging kepada mak cik tua itu, kesihatan beliau sudah tidak terganggu, sehingga beliau menjalani pemeriksaan susulan dan didapati bahawa hatinya telah pulih sepenuhnya.

            Cerita itu adalah sebahagian daripada balasan yang Allah berikan kepada insan yang permurah seperti dia. Jika kita juga mempunyai sifat pemurah , yakin dan percayalah bahawa nikmat dan rahmat Allah akan datang kepda kita tanpa kita duga mahupun teka.

            Berilah sekdar yang mampu, Cuma jangan biarkan diri kita diampu oleh si pengampu dan penipu.

#sekadar berkongsi ilmu apa yang aku tahu.

Thursday 11 October 2012

Jar Of Hearts



Lagu ini sahabat baik aku suka dengar, mula-mula aku dengar macam tak best pun. Tapi bila lama-lama dan selalu aku dengar, aku jadi suka lagu ni. setiap hari boleh aku katakan aku sentiasa dengar lagu ni. 

Aku ni bukanlah orang yang jenis kaki update lagu ni...tapi lagu ni memang best..

 Jom layan lagu kat bawah ni..Best sangat..hehe..



15 Tips Murah Rezeki



Pagi ini, awal-awal pagi aku dah buka facebook. Maklumlah baru lepas subuh. Nak tidur balik orang tua-tua cakap rezeki susah masuk nanti. Tatkla itu aku teringat apa yang dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar :Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.

Sedang asyik melihat post kawan-kawan pada wall facebook mereka, aku ternampak gambar yang telah dihasilkan oleh seorang hamba Allah ini. Petua mudah, namun susah untuk diamalkan jika tanpa keazaman yang kuat Harap-harap kita boleh beramal sama-sama. InsyaAllah.. 

*sekadar berkongsi ilmu...




Sunday 30 September 2012

6 Perkara Perlu Dielakkan Agar Tidak Jadi Kera Sumbang


Kawan, kau mesti rasa gembira dan bahagia bila ada orang yang ambil berat serta sentiasa mengingati kau setiap masa kan?

Contohnya,
Bila si dia makan, si dia ingat untuk mengajak kau.
Bila si dia ke mana-mana, si dia tidak lupa untuk membelikan kau cenderamata.
Bila si dia susah, si dia tidak ragu-ragu untuk berkongsi dengan kau.
Dan bila si dia senang, si dia juga tidak lupa untuk meraikannya bersama dengan kau.

      Namun tidak semua di antara kita ini bertuah. Ada juga yang bermurung dan merungut kerana terasa diri ini seperti disisihkan dari orang-orang sekeliling macam “KERA SUMBANG”. 

 


Kawan, bukanlah sesuatu yang sukar untuk mendapatkan perhatian dari seseorang. Selagi kau jujur, baik dan ikhlas berkawan sudah pastinya kau dihargai.

Di sini aku cuba kongsi 6 jawapan mengapa kau sering disisihkan. Aku ini bukanlah seorang motivator ataupun penasihat professional, tapi kalau sekadar nak berkongsi, aku rasa tidak ada salahnya.

1.         KAU TIDAK JUJUR DALAM BERKAWAN
Mungkin kau rasakan selama ini kau sudah cukup jujur dan ikhlas, tetapi hakikatnya tidak sebenarnya. Di depan sahaja kau berlagak seperti kawan yang baik, sedangkan di belakang kawan-kawan kau sedikit pun kau tidak menghargai mereka. Sekiranya kau nak orang saying, hargai dan hormati kau sebagai kawan, kau seharusnya terlebih dahulu menyayangi , menghargai dan menghormati kawan kau.

2.         KAU AGAK KEDEKUT DAN TERLALU SUKAR UNTUK BERKONGSI
Ada sahaja alas an yang kau bagi apabila kawan-kawan kau ingin meminjam barang ataupun memohon pertolongan dari kau. Sehingga ada yang beri gelaran pada kau “Haji Bakhil” atau pun “Tangkai Jering”.

3.         KAU SERING AMBIL KESEMPATAN TERHADAP ORANG LAIN
Contoh yang aku nak bagi seperti bila kau rasa orang tersebut baik dan mudah untuk dipergunakan kau akan mengambil kesempatan untuk meminta dia buat itu dan ini untuk kau. Namun jangan kau sangka air yang tenang tiada buaya. Bila dah lama dan selalu kau ambil kesempatan. Silap haribulan kau akan terima balasan di atas apa yang kau dah lakukan.

4.         KAU SEORANG YANG HIPOKRIT
Di depan, kau tak pernah berkata apa-apa yang buruk tentang kawan baik kau. Tapi di belakang dia, pantang ada peluang, kau pasti hebahkan cerita kedai kopi yang penuh sensasi tentang kawan kau  tu ke seluruh pelusuk biar satu dunia tahu.


5.         KAU SERING BERBANGGA DIRI
Mungkin mungkin kadang-kala kau tidak perasan. Tapi kalau sudah seringkali kau bersembang-sembang dan berbual di hadapan kawan-kawan kau, kau sering cakap dan rasa kaulah yang paling cantik, paling kaya, paling handsome, paling meletup dan sebagainya yang kau boleh bangga. Malah tiada orang sesempurna kau. Apa lagi kalau semua itu kalau tidak dipanggil membangga diri.

6. KAU TERLALU LANTANG BERSUARA TANPA LANGSUNG MEMIKIRKAN PERASAAN ORANG YANG MENDENGAR
Mungkin niat kau hanya mahu berterus terang, tetapi kau harus ingat, bukan semua orang bersifat terbuka boleh terima apa sahaja yang dilemparkan pada dia. Sebab itu, orang kata cakap biar berlapik. Biar kena pada tempat, gaya dan masanya.

            Itulah 6 perkara yang kau perlu elakkan serta jauhi agar diri kau tidak disisihkan oleh mereka yang berada di sekeliling kau yang menyebabkan kau rasa seperti jadi “KERA SUMBANG”. Sekiranya kau rasa ada semua atau salah satu daripada apa yang aku sebutkan, cubalah berubah..
             
Saturday 29 September 2012

Bersedia Untuk Kahwin


Kepada kawan-kawan yang rasa-rasa ingin mendirikan rumahtangga tapi belum pernah menghadiri kursus pra-perkahwinan maka bolehlah sertai kursus yang akan diadakan sepertimana yang tertera dalam iklan di bawah ini.


Kursus pra-perkahwinan ni hanya terbuka kepada pelajar dan kakitangan UKM sahaja. Bagi yang bukan kakitangan mungkin ini bukan rezeki anda. insyaAllah boleh cuba hadiri kursus yang sebegini rupa di mana-mana tempat yang menyediakan kursus ini.

Saya pun nak join juga alang-alang dah ada peluang ni.  Ini bukan kerana gatal teramat sangat nak kahwin. Tetapi tak salahkan kalau kita menyiap sediakan diri kita untuk masa hadapan.

Nanti lepas sudah hadiri kursus boleh terus kahwin. Yeehhhaaahh..

Friday 28 September 2012

Riang Tawa Seketika

Alhamdulillah..Syukur pada Allah.
Akhirnya laporan praktikal aku yang tebal tu siap jugak aku tulis.
Penat bukan kepalang.
Sudah beberapa hari aku tidur lewat gara-gara nak taip laporan tu.
Bila dah siap mula la nak gila.
Rasa macam nak sambut raya.
Hahaha

Tiba-tiba terasa nak upload gambar lama dahulu kala..
Tanda jiwa aku bahagia..
Tanda aku suka..
Tanda jiwa aku ceria…
Terima kasih Yang Maha Esa.
Love You Forever and Ever



Thursday 27 September 2012

Fikir Dulu Sebelum Makan Bakso.....

sekadar gambar hiasan

Tadi masa aku nak makan tengah hari, kawan aku ni tempah bakso.
Aku pula standard orang Melayu la, nasi putih dengan  lauk campur.
Sambil menunggu bakso kawan aku sampai, aku dah mula makan dulu.
Tengah asyik makan, tiba-tiba aku teringat cakap seorang pensyarah aku pasal bakso.

Dalam kelas tutorial aku sebelum ni ada seorang pelajar dari Indonesia.
Semasa sesi suai kenal, pensyarah aku ada bertanya pada dia.
Dekat tempat tinggal dia memang terkenal dengan bakso ke?
Dia jawab ye…

Pensyarah tu pun bercerita tentang satu kejadian yang berlaku sewaktu di pergi ke Indonesia.
Dia cakap teringin makan bakso di Indonesia , waktu dia pergi sana dulu.
Lepas tu dia Nampak satu kedai jual bakso yang letak sign board besar bertulis BAKSO ASU.
Dia pun ajak kawan dia pergi sana, sebab nampak meriah kedai tu.
Last-last kawan dia cakap; pergi la kalau kau sanggup makan situ.

Pensyarah aku pun jadi hairan, kenapa kawan dia cakap macam itu.
Walhal, kedai itu nampak bersih dan cantik.
Selepas diterangkan oleh kawan dia.
Dia batalkan hasrat nak makan bakso di kedai tu.
Malah batalkan hasrat untuk makan bakso di Indonesia.

Kamu semua nak tahu kenapa dia batalkan hasrat dia….
nak tahu tak??

Jeng-jeng-jeng…………

Rupa-rupanya…..

BAKSO ASU tu maksudnya  BAKSO DAGING ANJING….

Erkk………..

Lepas ini, siapa-siapa yang nak makan bakso tu selidik-selidik dulu ye….
Tak semua kedai jual bakso asu kat Indonesia tu…
Ada je kedai yang halal…
So kena pandai-pandai pilih dan cari….

Sekadar berkongsi cerita dari aku…………adios J



Tuesday 25 September 2012

Gambar Punya Cerita

Bangun awal-awal pagi tak tahu apa nak buat.
buka lappy, tengok-tengok gambar kejap.
Then ternampak gambar yang ada dalam simpanan aku.
Gambar yang yang diambil masa pergi overseas hari tu.
hahaha...

Gambar yang unik.
Mungkin bagi sesiapa yang memahaminya.
cuba kamu-kamu sekalian fikir apa maksud gambar ini?
Ini gambar punya cerita.

p/s aku pun masih memikirkan apa maksud gambar ini.
sebab tu semester ini aku amik kursus SENI TAMPAK.

Monday 24 September 2012

The Piano Guys




Kali pertama aku tonton video klip The Piano Guys ni masa aku praktikal. Kawan aku Ahmad Farhan bin Ahmad Puad, pelajar L.L.B dari UIAM yang tunjukkan video ini. Itu la kali pertama aku tahu siapa The Piano Guys. Bila tonton video klip ni rasa layan je. Dengan gabungan music yang dialun berdasarkan kreativiti.


            Tangkas, kreatif, menarik, dan menghiburkan itu yang aku dapat ungkapkan untuk video klip The Piano Guys. Aku rasa tak perlu aku cakap banyak kot. Cuba tonton video klip di atas dan nilai sendiri.. 
Saturday 23 June 2012

Istikharah Cinta by Sigma


Syahdu je rasanya hati lepas subuh melayan lagu ni. Istikharah cinta, dengar tajuk lagu pun dah sedap. Hamba yang sujud pada Penciptanya memohon petunjuk untuk membuat pilihan.




Jangan Lupa Kontrak itu..


Memikirkan tentang midterm undang-undang kontrak pagi tadi, bagaimana aku menjawab jawapan bagi setiap soalan? Apakah betul atau salah jawapan aku itu? Apakah seksyen-seksyen dalam Akta Kontrak 1950 itu aku guna sepenuhnya untuk menjawab semua soalan-soalan itu?

Termenung.

Sementara itu, aku sedang berehat sebentar sebelum sambung mengulangkaji nota-nota untuk kertas peperiksaan aku yang terakhir untuk semester ini pada 26 Jun 2012 nanti. Undang-undang Kontrak itulah kertas terakhir yang aku maksudkan. Tadi baru sahaja selesai midterm, dah kena prepair untuk peperiksaan akhir pula. Itu semua pensyarah aku punya perancangan. Aku selaku pelajar kena ikut sahaja.

Kembali pada apa yang aku fikirkan sebentar tadi. Undang-undang kontrak bukanlah subjek asing kepada pelajar undang-undang. Satu subjek yang terkandung di dalamnya, pengenalan atau tatacara membuat sesuatu kontrak, pembatalan , remedi dan sebagainya.

Tatkala aku memikirkan semua itu, tentang kontrak yang berlaku antara manusia dengan manusia yang lain, antara pemerintah dan rakyat, timbul tanda tanya bagaimana pula kontrak aku dengan Allah sebelum ini?

Apakah aku telah menerima tawaran daripada Allah? Tawaran untuk menjadi hamba yang soleh, tawaran syurga dan sebagainya.

Apakah aku telah membuat penerimaan? Melakukan apa yang telah disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang? Penerimaan melalui niat dan perbuatan aku seperti mengerjakan solat, menunaikan puasa dan sebagainya.

Apakah yang akan aku kesan tatkala aku melanggar kontrak dan perjanjian? ........

Penuh persoalan.

Kita semua telah membuat perjanjian. aku, kamu, kau, awak, dia dan sesiapa sahaja, baik Muslim atau tidak, kontrak yang telah dilafazkan dan telah dimeterai di alam roh dahulu.

Setelah kita hadir ke dunia, kita kenal dunia, akhirnya kita dibuai dengan keindahan dan kemanisannya, tanpa sedar sedikit demi sedikit kita mula melupakan terma-terma kontrak tersebut.

Zrraapp...

Aku menarik zip al-Quran aku, dan menyelak helaian-demi helaian bait-bait kalam Allah itu.

Allah berfirman yang bermaksud : "Dan ( ingatlah), ketika TuhanMu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman) : ' Bukankah Aku ini TuhanMu?' "Mereka menjawab : 'Betul (Engkau Tuhan Kami), kami menjadi saksi.' (Kami lakukan yang demikian itu) agar pada hari Kiamat kamu tidak akan mengatakan : 'Sesungguhnya kami (bani Adam) ialah orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)." (Surah al-'Araf : 172)

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ
Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada-Ku.”
 (adz-Zariyat : 56)

Lihatlah kontrak yang telah kita buat di atas. Kontrak yang telah kita tandatangani dengan mengatakan bahawa Allah adalah tuhan kita.

Jika kita selalu ingat "perjanjian" dan "kontrak" yang pernah ditandatangani dulu, maka perjalanan kita mencari redha Allah pasti akan jarang tersasar walau iman ada naik dan turunnya. Kekallah fokus demi memenuhi kontrak yang pernah dimeterai dulu dengan sentiasa mengikut majlis ilmu dan mengamalkan ilmu yang ada, bergaul dengan orang soleh dan selalu bermuhasabah diri.

InsyaAllah, sekiranya kontrak itu kita ikuti, nescaya ia akan menjadi kontrak yang berjaya.


 Wallahua'lam.

Sunday 17 June 2012

Tiga Jenis Kawan