Pages

Tuesday 25 December 2012

Antara Bersih Atau Suci


Tatkala aku sedang duduk sendirian melihat gambar-gambar yang aku ambil ketika bersama kawan-kawan di The Mines Serdang, fikiran aku melayang memikirkan suasana yang aku alami ketika hendak menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim di situ. Keadaan di mana umat islam yang berada di situ berpusu-pusu menuju ke surau yang disediakan untuk menunaikan solat maghrib. Aku dan kawan-kawan juga turut bergegas ke surau agar tidak lewat menunaikan kewajipan dengan beranggapan bahawa dapat berjemaah beramai-ramai. Aku juga beranggapan bahawa surau yang disediakan juga luas yang membolehkan orang ramai sembahyang beramai-ramai. Namun, apa yang aku fikirkan semua itu meleset.


Keadaan laluan menuju ke surau sempit. Aduh, macam mana nak lalu? Fikir aku sendirian. Laluan yang kecil untuk menuju ke tandas dan surau. Satu laluan untuk dua jantina. Ketika lalu menuju ke surau lelaki yang berada di belakang, terpaksa melalui surau perempuan yang berada di hadapan. Laluan menjadi sukar apabila wanita-wanita beratur menunggu giliran mereka untuk sembahyang. Ini telah menyebabkan aku dan lelaki-lelaki yang ingin sembahyang terpaksa berhimpit-himpit dengan wanita yang sedang beratur tunggu di laluan itu.

Sampai sahaja di surau, masalah yang timbul pula ialah, ruang untuk sembahyang penuh sehingga menyebabkan keadaan menjadi sesak akibat masing-masing berebut untuk masuk ke dalam bagi menyempurnakan kewajipan kerana waktu isyak semakain hampir. seorang lelaki arab menegur aku dan kawan-kawan sambil megajak kami sembahyang di lantai bahagian luar  surau. Kami terus bersetuju tanpa bercakap banyak. Kami mengambil wuduk di tandas dan terpaksa berhati-hati ketika menuju ke surau agar wuduk tidak terbatal kerana terpaksa lalu berhampiran surau wanita.

Seusai iqamah, sembahyang kami diimankan lelaki arab itu.

Antara suci atau bersih

Selesai sembahyang, aku memandang ke belakang, rupa-rupanya ada juga yang sembahyang berjemaah bersama kami, Namun begitu tidak kurang yang pandang pelik terhadapa kami dengan pandangan seolah-olah kami sembahyang di tempat yang kotor. Adakah kerana mereka lebih rela menunggu giliran mereka sehingga habis waktu solat maghrib asalkan dapat sembahyang di tempat yang bersih, berhawa dingin dan mempunyai sejadah yang lembut tatkala sujud? Yang mana lebih wajib? Sembahyang di awal waktu atau di tempat selesa?


            Selaku umat islam, kita diajar untuk membezakan yang mana bersih dan yang mana suci. Dalam islam, hatta debu pasir sekalipun, kita masih boleh gunakannya sebagai bahan untuk bersuci walaupun ada yang mengganggap ianya kotor.

            Begitulah dengan tempat yang kita jadikan tempat solat. Tempat yang suci adalah menjadi keutamaan. Lantai yang dijadikan tempat sembahyang itu tidak ada najis, kotoran, malah ketika aku sujud, tidak pula berbau najis. Kita haruslah pandai membezakan yang mana bersih dan yang mana pula suci. Bersih belum tentu suci. Yang suci itu pasti ia bersih. Wallahu a’lam.


Anda pilih bersih atau suci?? :)

2 comments:

  1. Like! Best nye dpt pglmn sdemikian...islam itu mudah..jgn menyishkan bnde yg mudh...

    ReplyDelete
  2. tu la.... pengalaman.... islam itu indah.... hehehe :)

    ReplyDelete