Pages

Wednesday 31 July 2019

surat cinta


Sedang aku tengah mengemas buku-buku lama untuk aku buang dan aku simpan. Aku terjumpa satu beg plastik kecil dicelah-celah timbunan buku-buku lama tu.

Aku pun capai dan buka beg plastik tu.

Uishh… benda lama ni (terdetik aku dalam hati).

Ketika aku buka beg plastik tu, rupa-rupanya tu khazanah simpanan aku masa zaman sekolah menengah dulu.

Penuh surat-surat serta kad-kad raya.

Aku pun ambil satu surat dan baca. Sambil baca tersenyum aku sendirian mengingatkan cinta hati zaman sekolah. Orang cakap zaman cinta monyet.

Sebenarnya aku pun tak tahu aku jatuh cinta dekat budak perempuan tu atau tak?  Alkisahnya surat menyurat tu bermula masa tingkatan dua. Aku ada gaduh dengan senior tingkatan 3. Sebab aku tertinggal surat yang aku nak bagi kat budak perempuan lain yang aku minat.

Cerita macam mana surat tu boleh tertinggal bawah meja senior  tingkatan tiga tu berlaku waktu prep petang. Zaman aku kat sekolah dulu aku duk asrama. Jadi sebab sekolah aku tu sekolah yang infrastruktur tak cukup, kami akan prep di kelas-kelas yang telah ditetapkan. Jadi, aku pun prep la kat kelas tingkatan tiga.  Waktu prep tu la aku tulis surat tu. Lepas prep aku terus tak ingat yang surat tu aku tertinggal bawah meja budak senior tu.  

Esok tu sekolah macam biasa. Budak senior tu tak duk asrama. Bila dia datang kelas, dia jumpa surat tu bawah meja dia. Memang dia cari aku la sebab dalam surat tu ada nama aku. Dia ingat aku suka kat dia. Puii…

Budak senior tu mai cari aku kat kelas.. masa budak senior tu usya kelas , aku baru teringat pasal surat aku. Punah..

Sebab aku nak elak jumpa dia, aku pun kawtim dengan budak perempuan kelas aku tu. Aku bagi tau dia apa yang terjadi panjang lebar. Aku nak suruh dia mengaku yang surat tu aku bagi kat dia. aku mintak dia cakap yang dia tertinggal surat tu dalam kelas budak senior tu.

Dia cakap dia ok.

Dia la yang buat pengakuan bla..bla..bla kat budak senior tu... budak senior tu marah jugak. Mengamuk dia tepi koridor kelas aku.

Selesai satu masalah.

Lepas tu masalah baru yang timbul, bila mana budak perempuan kelas aku tu mula ingat yang aku syok kat dia.

Last-last aku balas jugak surat-surat dia walaupun tak selalu. Perasaan suka kat dia tu ada jugak la.

Habis spm, terus aku tak jumpa budak perempuan tu.

Apa yang aku tahu, sekarang ni budak perempuan tu dah berkahwin dengan budak kelas sebelah dan dikurniakan seorang anak.






Monday 29 July 2019

aku nak menjelajah dunia


Aku pernah terfikir, satu masa nanti aku nak menjelajah dunia sendirian. Secara solo dalam tempoh masa yang lama. Orang cakap merantau.

Lama mana? Mungkin sebulan, atau lebih.

Aku nak cari nikmat Allah yang mungkin kadang kala aku pernah lupa. Aku nak isi diri aku yang kadang kala aku rasa kosong dengan nilai diri yang baik.

Untuk tempoh ini, macam-macam benda dalam kepala otak aku ni. Itu nak buat, ini nak buat. Tetapi hasilnya tak ada, segalanya masih berlegar-legar dalam kepala.

Sebab itu aku rasa aku perlu mengembara, keluar menjelajah. Travel? Backpack? Hang bagi ja nama apa-apapun.

Aku harap bila aku dapat melawat tempat orang,aku dapat cari diri aku kembali. Aku dapat belajar dari sosial budaya orang lain.

Yang paling penting aku dapat mencari hikmat dari ciptaan Allah. Jadi insan yang lebih baik dari aku yang sekarang.



Wednesday 10 July 2019

b e r t a n d a n g


Salam sejahtera.

Aku singgah di sini kerana sudah lama aku tidak bertandang menjengah blog ini. Bukannya aku sibuk kerja. Cuma aku tak tahu bagaimana  mahu mula.

Aku lupa bagaimana rasa menulis tanpa bicara. Aku lupa bagaimana mahu coretkan 
rasa dalam dunia maya tanpa pena.

Hari ini aku jengah, namun idea terbang entah ke mana tanpa kunjung tiba.

Aku doa moga satu hari nanti blog ini bakal berseri kembali.

Jangan lupa, doa yang baik-baik untuk aku juga.