Pages

Monday 29 April 2013

Kenapa Aku Share Pasal Politik & PRU di Laman Sosial Aku?



Kurang seminggu sahaja lagi sebelum tibanya hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh penduduk Malaysia iaitu Pilihanraya Umum ke-13. Setiap calon sibuk berkempen parti masing-masing bagi meraih undi, dengan manifesto dan janji masing-masing.

                Tidak  kurang sibuknya, para penyokong di  luar mahupun di alam siber ini yang sibuk berkongsi maklumat berkaitan pilihanraya terutamanya dalam blog, laman social dan sebagainya. Aku kira penyokong-penyokong parti politik bertanding sama sibuk dengan calon yang bertanding. Hahaha.

                Aku pun begitu, sebagai pengundi buat pertama kalinya merasa sangat teruja untuk mengundi dalam PRU13 ini. Sebelum ini hanya mengundi dalam universiti, kini menghitung hari untuk mengundi di tahap yang lebih tinggi.

                Baru-baru ini, aku terima 1 pertanyaan daripada seorang kawan, “kenapa kau asyik like dan share pasal politik dekat wall FB kau? Kau tak takut kawan-kawan FB yang bukan sealiran parti politik yang dengan kau nampak?”… Ada juga kawan yang asyik merungut tatkala online FB sahaja terus nampak cerita, isu dan troll tentang politik. Menyampah! Ujarnya.

Ini jawapan aku pada kamu wahai kawan-kawan aku kenapa aku kongsi maklumat dan cerita politik  dalam FB aku:

1. Tidak kira apa pun warna perjuangan politik kita, sekurang-kurangnya aku telah cuba menunjukkan tanda sokongan aku pada parti itu, walaupun aku jarang turun padang bersorak, bertempit, pasang bendera dan dengar ceramah kerana sibuk dengan pelajaran sebagai pelajar tahun akhir. Itu sahaja dahulu buat sementara waktu, nanti aku balik kampung aku berkempen la..

2. Kenapa mesti takut pada kawan-kawan pada FB itu? Biarlah kita bersahabat kerana Allah. Politik  itu luas. Politik bukan hanya sekadar parti. Kita berkawan dan berurusan dengan orang sekeliling juga dikira berpolitik. Cuba kamu amati baik-baik, ahli-ahli parlimen mahupun dun yang ada di Malaysia bahkan di United Kingdom, dalam dewan mereka berdebat seolah-olah bergaduh dan mahu bertumbuk, tetapi di luar kadang-kadang nampak mereka bergaul mesra dan makan semeja. Itulah dunia politik. Macam itu lah dalam FB, walaupun masing-masing mempunyai perjuangan masing-masing, di luar tetap berkawan macam biasa. Lainlah kalau ada yang terasa.

3. Apa yang aku share dan like kat FB itu sekurang-kurangnya aku bangga kerana ada sedikit sumbangan aku walaupun tak banyak pada parti. Kalau apa yang kita kongsi dan sebarkan  itu membawa kemenangan pada parti kita Alhamdulillah. Kalau parti kita kalah, sekurang-kurangnya aku tidak rasa bersalah sebab aku dah sedaya upaya untuk berkongsi dan sebarkan apa yang ada. Tidaklah nanti aku menyalahkan sesiapa.

Itu sahaja jawapan tidak seberapa dari aku buat kamu wahai kawanku. Semoga kali ini kau mampu memilih yang mana satu parti idaman kalbu agar kau tidak menyesal ke anak cucu…Pakai otak bukan pakai nafsu. 

*Tak sabar mahu balik ke kampung untuk tunaikan kewajipan yang diberi..


Saturday 20 April 2013

Hari Penamaan Calon PRU 13




Kompang sudah dipalu menantikan hari tibanya PRU 13 yang akan menjelang tidak lama lagi. Hari ini adalah hari penamaan calon.

Kesemua 222 pusat penamaan calon di seluruh negara bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan dibuka mulai 9 pagi ini selama sejam sebelum ditutup pada pukul 10 pagi.

Proses penamaan calon bermula dengan calon menyerahkan kertas pencalonan masing-masing untuk merebut 222 kerusi Parlimen dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-13, 5 Mei ini.

Pegawai pengurus pilihan raya kemudiannya akan menyemak setiap kertas penamaan yang diterima dan akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding sebaik semua urusan semakan selesai.

Untuk PRU-13, buat pertama kalinya aku akan mengundi, dan buat pertama kalinya tidak ada lagi tempoh bantahan selama sejam serta penarikan balik pencalonan, sesuai dengan peraturan 9, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 (Pindaan)(No.2) 2012 yang berkuat kuasa 27 April 2012.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 5 Mei sebagai tarikh pengundian, dengan calon mempunyai tempoh 15 hari untuk berkempen, bermula selepas proses penamaan calon.

#Kepada semua calon selamat berjaya.
#SPR berlaku sila berlaku adil dan telus.
#kepada semua pengundi, undilah dengan bijaksana, pilihanraya  berbahaya,  salah pangkah buruk padahnya
 


 *Ini kalilah...

Friday 19 April 2013

Don't Forget Allah by Farid Sanullah





Kelmarin, sebelum aku dan kawan-kawan pulang ke kampus, kami bercadang untuk singgah di Sungai Ramal Food Junction. Setibanya kami di situ, azan maghrib berkumandang. Tatkala mencari surau untuk menunaikan solah maghrib, kawan aku pasang radio. Kebetulan pada waktu itu, ada lagu yang merdu dimainkan yang belum pernah aku dengar sebelum ini. Aku pun menghafal beberapa baris lirik untuk aku cari melalui google. Alhamdulillah, jumpa juga surau. Selesai solat, kami terus ke Sungai Ramal Food Junction untuk santapan malam. Seusai makan, kami terus pulang ke kampus. Masing-masing kelihatan penat dan keletihan akibat jauh perjalanan.

Sampai sahaja di bilik, aku terus bersihkan diri untuk terus tidur. Maklumlah badan sudah lesu. Telinga aku masih terngiang-ngiang di telinga aku. Lirik lagu semakin terhapus dari ingatan aku. Dengan pantas tanpa berlengah kerana aku takut terus lupa akan lirik lagu itu, aku mula hidupkan laptop terus menaip lirik-lirik lagu itu. Alhamdulillah, cari punya cari jumpa juga lagu itu. Don’t Forget Allah by Farid Sanullah. Adakah beliau adalah penyanyi baru atau mungkin aku sahaja yang tidak tahu akan lagu dan namanya?

Selesai men“download”, aku terus mendengar berulang-ulang kali lagu itu. Sedap dan merdu. Setiap baris lirik lagu itu memberi nasihat yang cukup melekat dalam hati. Memberi nasihat kepada kita yang mudah lupa pada Sang Pencipta. Kat sini korang boleh tengok lirik yang ada di bawah. Video pun ada. Selamat menonton.


You down and out
You just can’t come
You wanna shout 
you lost all hope
On your knees, begging please 
You turn and pray to find your way

Hey, you make doa Allah’s there 
Whoever you are, because he cares
Then you forget to say thank you Allah ,
You forget to say Insyallah 
You forget to say Subhanallah
Raise your hands 
Alhamdulillah

Let’s flashback, let’s back drive
Towards a time like yours and mine 
The story of the three 
Who'll long to be 
To who be free of their misery

To the one floor he opens the door
Gave him empty of his bounty

Then you forget to say thank you Allah 
You forget to say InsyaAllah 
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands Alhamdulillah 

Can’t you see His promise to you 
Can’t you see His promise is true
Hold on to the rope of Allah
Don’t lose hope in Allah
If you remember Allah in prosperity
He’ll not forsake you in adversity
Be mindful of Allah 
He’ll guide you to all that His good

Then you forget, to say thank you Allah 
You forget to say InsyaAllah 
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands, Alhamdulillah 

Get down and out
You just can’t go 
you wanna shout 
you lost all hope
On your knees 
begging please
You turn and pray 
to find your way 





Tuesday 16 April 2013

Sesak Terus Terdesak



Hari ini aku terasa amat sesak,
Sesak dengan masalah yang kunjung tiba.
Sesak bagai terperangkap di jalan raya,
Sesak dengan kerja dan mereka.

Kenapa aku rasa sesak?

Aku sesak sebab aku suka tangguh kerja,
Aku sesak sebab aku suka buat sambil lewa,
Aku sesak sebab aku tak suka,
Aku sesak akan kata-kata mereka.

Aku rasa sesak terus terdesak.
Sesak sebab tesis baru bab dua,
Sesak sebab orang lain dah bab lima,
Terdesak aku untuk kejar mereka,
Terdesak aku untuk habis bersama.

Pernah tengok bagai mana orang sesak dan terdesak?

Sesak sampai sanggup buat apa saja,
Sesak sampai sanggup korban saudara,
Sesak sampai fitnah semata,
Sesak sampai sakit hati dibuatnya.

Adakah aku seperti mereka?

Sesak aku berpada-pada,
Sesak tidak sampai mendesak,
Sesak aku ada jalan keluarnya,
Sesak aku Allah ada.

Tuesday 2 April 2013

Alahai Si Bunga


Alahai si bunga manis,
Indah bila dipandang mata,
Wangi semerbak  harumnya,

Alahai si bunga cantik,
Alangkah indah jika bertahan lama,
Tidak kecut dan layu biarpun tua.

Aku bukan siapa-siapa hanya sukakan bunga,
Bukan mat bunga atau si budak skema,
Cuma suka akan bau dan warnanya.

Begitu juga kita, insan biasa,
Nama indah walaupun tidak sehebat rupa,

Cuma 1 yang aku pinta,
Jangan jadi seperti bunga,
Makin lama, makin tua,
Terus dibuang lupa.

Jadilah seorang sarjana,
Berilmu di dada,
Asal kemana sahaja orang bertanya.
Penuh adab sopan bicara
Andai tua layu tiada