Pages

Monday 29 April 2013

Kenapa Aku Share Pasal Politik & PRU di Laman Sosial Aku?



Kurang seminggu sahaja lagi sebelum tibanya hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh penduduk Malaysia iaitu Pilihanraya Umum ke-13. Setiap calon sibuk berkempen parti masing-masing bagi meraih undi, dengan manifesto dan janji masing-masing.

                Tidak  kurang sibuknya, para penyokong di  luar mahupun di alam siber ini yang sibuk berkongsi maklumat berkaitan pilihanraya terutamanya dalam blog, laman social dan sebagainya. Aku kira penyokong-penyokong parti politik bertanding sama sibuk dengan calon yang bertanding. Hahaha.

                Aku pun begitu, sebagai pengundi buat pertama kalinya merasa sangat teruja untuk mengundi dalam PRU13 ini. Sebelum ini hanya mengundi dalam universiti, kini menghitung hari untuk mengundi di tahap yang lebih tinggi.

                Baru-baru ini, aku terima 1 pertanyaan daripada seorang kawan, “kenapa kau asyik like dan share pasal politik dekat wall FB kau? Kau tak takut kawan-kawan FB yang bukan sealiran parti politik yang dengan kau nampak?”… Ada juga kawan yang asyik merungut tatkala online FB sahaja terus nampak cerita, isu dan troll tentang politik. Menyampah! Ujarnya.

Ini jawapan aku pada kamu wahai kawan-kawan aku kenapa aku kongsi maklumat dan cerita politik  dalam FB aku:

1. Tidak kira apa pun warna perjuangan politik kita, sekurang-kurangnya aku telah cuba menunjukkan tanda sokongan aku pada parti itu, walaupun aku jarang turun padang bersorak, bertempit, pasang bendera dan dengar ceramah kerana sibuk dengan pelajaran sebagai pelajar tahun akhir. Itu sahaja dahulu buat sementara waktu, nanti aku balik kampung aku berkempen la..

2. Kenapa mesti takut pada kawan-kawan pada FB itu? Biarlah kita bersahabat kerana Allah. Politik  itu luas. Politik bukan hanya sekadar parti. Kita berkawan dan berurusan dengan orang sekeliling juga dikira berpolitik. Cuba kamu amati baik-baik, ahli-ahli parlimen mahupun dun yang ada di Malaysia bahkan di United Kingdom, dalam dewan mereka berdebat seolah-olah bergaduh dan mahu bertumbuk, tetapi di luar kadang-kadang nampak mereka bergaul mesra dan makan semeja. Itulah dunia politik. Macam itu lah dalam FB, walaupun masing-masing mempunyai perjuangan masing-masing, di luar tetap berkawan macam biasa. Lainlah kalau ada yang terasa.

3. Apa yang aku share dan like kat FB itu sekurang-kurangnya aku bangga kerana ada sedikit sumbangan aku walaupun tak banyak pada parti. Kalau apa yang kita kongsi dan sebarkan  itu membawa kemenangan pada parti kita Alhamdulillah. Kalau parti kita kalah, sekurang-kurangnya aku tidak rasa bersalah sebab aku dah sedaya upaya untuk berkongsi dan sebarkan apa yang ada. Tidaklah nanti aku menyalahkan sesiapa.

Itu sahaja jawapan tidak seberapa dari aku buat kamu wahai kawanku. Semoga kali ini kau mampu memilih yang mana satu parti idaman kalbu agar kau tidak menyesal ke anak cucu…Pakai otak bukan pakai nafsu. 

*Tak sabar mahu balik ke kampung untuk tunaikan kewajipan yang diberi..


1 comment: