Pages

Sunday 16 October 2011

Bolehkah macam tu??

Bertaubatlah..Tetapi harus ingat....


Apabila seseorang manusia itu melakukan sesuatu maksiat dan dosa, maka sudah tentu dan pastilah dia akan bertaubat dan menyesal akan perbuatan dosanya itu.
…………………….

Selaku hamba yang penuh dengan kelemahan dan kekhilafan ini,
mintalah ampun dan bertaubat kepada ALLAH.
Ini kerana pada-Nya satu-satunya tempat bergantung.
…………………..

Berdasarkan hadis di atas,
selagi belum terbit matahari daripada barat,
pintu taubat dan keampunan ALLAH sentiasa terbuka.
 maka bertaubatlah sebelum terlambat
………………………

Ya, ALLAH memang Maha Pengampun.
Tetapi kita harus ingat!!!

Janganlah menganggap taubat kepada ALLAH itu suatu yang mudah.
Bila rasa bersalah dan ditimpa ujian, kita mohon maaf dan taubat,
namun selepas itu, kita boleh melakukan dosa berulang-ulang kali
sesuka hati…
……………………..

Ini pasti mengundang murka bukan keampunan seperti yang dipinta.
MAKA INGATLAH..!




~Dihurung Lalat ?~


Sedang leka melihat adik yang berumur 5 tahun sedang leka mengulum lollipop, tiba-tiba teringat satu analogi.
 Cuba kita semua bayangkan seorang wanita itu ibarat lollipop.
 Agak-agak apa akan terjadi ??
………………

saya andaikan lollipop adalah perempuan
dan lalat sebagai ancaman.

Sebatang lollipop yang masih baru dibeli,
sudah pastilah keadaannya masih elok
tanpa dibuka plastik yang menutupinya badannya.


Namun bagaimana pula keadaannya apabila plastik itu dibuka??


ini sudah tentu akan mendedahkannya kepada ancaman-ancaman luar
seperti di hurung lalat dan sebagainya.
akhirnya, lollipop itu sudah tidak dapat dirasai keenakkan, dan kemanisannya.
keadaanya sudah kotor.
…………………………………………..

Begitulah diumpamakan kepada wanita.
wanita yang menutup aurat
sudah pasti keadaan dirinya akan dilindungi daripada sebarang ancaman.
manakala
wanita yang tidak menutup aurat
dirinya akan terdedah kepada pelbagai ancaman seperti rogol dan sebagainya.
……………………………………………………………

Pada wanita jagalah aurat diri anda terutamanya perkara-perkara yang dianggap remeh,
terutamanya dalam bab berhijab atau bertudung.
Janganlah anggap ianya perkara yang tidak penting.

Mudah-mudahan anda tidak dihurung lalat….
fikir-fikirkanlah..
…………………




Saturday 15 October 2011

Saling Menasihati...


Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka. karena itu berpalinglah kamu dari mereka, dan berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka nasihat (perkataan) yang berbekas pada jiwa mereka.”(Q.S. al-Nisâ’ [4]: 63)

Nasihat adalah hal yang besar untuk mengubah diri, keluarga, dan bangsa menjadi manusia yang beradab. Oleh karena itu, sudah seyogyanya kita saling menasihati satu dengan lainnya. Barang siapa diminta nasihat oleh saudaranya hendaklah ia penuhi, dan jangan sekali-kali menolaknya karena alasan malas atau masih kurang ilmunya, karena itu adalah hak saudara kita.

Perhatikanlah hadits dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda,
Hak seorang muslim terhadap sesama muslim ada enam, yaitu bila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam, bila ia memanggilmu penuhilah, bila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah, bila dia bersin dan mengucapkan alhamdulillâh bacalah yarhamukallâh -semoga Allah memberikan rahmat kepadamu-,  bila dia sakit jenguklah dan bila dia meninggal dunia hantarkanlah (jenazahnya)”. (HR Muslim)

Perlu diketahui bahwa hikmah atau ilmu itu bisa datang dari siapa saja. Ada pepatah nasihat mengatakan, “Kalau seandainya ada hikmah dari seekor mulut anjing, maka ambillah hikmah tersebut.”  artinya setiap apa yang telah Allah ciptakan pasti ada hikmah dibalik itu semua, walaupun itu buruk dan menjijikan, Maha Suci Allah atas segala ciptaan-Nya. Dan tak kalah penting, dalam memberikan nasihat, berbicaralah yang baik, jahuilah ucapan yang aneh-aneh dan dapat menimbulkan hal-hal yang controversial. Tunjukkan kepada amal-amal soleh, bersikaplah yang seimbang dan jangan membuat orang lain merasa bosan.
Friday 14 October 2011

~Ujian Tanda ALLAH Sayang~


Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.


.........................

RINTIHAN

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian...

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)


Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:
“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.''
~H.R. Bukhari dan Muslim~
Thursday 24 February 2011

~Insya-Allah Ada Hikmahnya~




Seorang pemuda menjaga kambing-kambing peliharaannya dengan menunggang kuda kesayangannya. Ke sana ke mari dia bergerak menunggang kudanya. Suatu hari , tiba-tiba kuda kesayangannya itu hilang dari kandangnya. Puas dicarinya merata-rata tempat tapi tidak berjumpa.


“Ayah, kuda kesayangan saya hilang,” adunya kepada ayahnya.
“Tidak mengapa, insya-Allah pasti ada hikmahnya,” jawab ayahnya tenang.
“Apalah hikmahnya,” bisik si pemuda itu dalam hati.


Selang beberapa hari, tanpa disangka-sangka kudanya itu pulang tanpa cacat sela. Sihat. Bukan itu sahaja, malah kuda itu membawa beberapa ekor kuda liar bersama-samanya.


“Ayah, kita sungguh bernasib baik. Sekarang kita sudah ada beberapa ekor kuda. Kuda kita bertambah.”
“Belum tentu kita bernasib baik anakku. Tetapi yang pasti semua ini pasti ada hikmahnya.” Jawab ayahnya dalam keadaan tenang seperti biasa.


Si pemuda terus tertanya-tanya akan sikap ayahnya. Mengapa dia tidak begitu gembira ketika bilangan kudanya bertambah. Setiap hari pemuda itu asyik dengan kuda-kuda barunya. Kesemuanya sedang diusahakan untuk dijinakkan. Ketika sedang melatih salah seekor daripadanya, pemuda itu terjatuh dan patah kakinya. Ketika sedang terbaring beberapa hari di rumahnya, pemuda itu  berkata kepada ayahnya,


“Malang sungguh nasib saya ayah. Apalah gunanya kuda-kuda yang banyak ini apabila kaki saya sekarang ini patah.”
Sebaliknya ayah itu tetap berkata, “Tak mengapa anakku. Jangan bersedih. Apa yang menimpa dirimu insya-Allah ada hikmahnya.”
“Apa hikmahnya ayah? Sekarang saya tak boleh berjalan lagi. Kuda-kuda kita akan terbiar tanpa penjagaan dan tanpa diberi makan.”


Beberapa hari kemudian, kampong mereka diserang oleh para penjahat yang menceroboh sempadan negara. Selain merompak harta benda penduduk, mereka juga turut menangkap semua kekaji muda untuk dilatih menjadi ahli kumpulan mereka. Semua lelaki muda di kampung itu diikat dan diheret kecuali seorang…. Ya, lelaki yang patah kaki itu. Dia tidak dibawa bersama kerana dia tidak berupaya berjalan.
“Ayah, kini saya sedar, apa yang tersirat di sebalik kata-kata ayah. Semua yang berlaku ada hikmahnya.”


PENGAJARAN
Hidup adalah silih berganti antara nikmat dan musibah. Apa yang paling penting, kita mesti selalu berbaik sangka dengan takdir tanpa mengurangkan sedikit pun kesungguhan kita untuk mentadbir. Pujuklah hati kita dengan selalu berbisiknya, insya-Allah apa sahaja yang berlaku pasti ada hikmahnya.



Wednesday 23 February 2011

~ Kegagahan Wanita~





Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-


1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan 

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan 

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan 

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan. 


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


~Kecantikan Lelaki~




Masya’Allah, lelaki pun ada yang cantik ker. Aku baru tahu ni. Ingatkan perempuan aje yang dapat gelaran cantik tu. Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:- 



1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan 



2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran 



3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun 



4) Lelaki yang tenang dan lapang dada 



5) Lelaki yang baik sangka 



6) Lelaki yang tak pernah putus asa 




Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.




~tempat-tempat idaman aku~

Sewaktu aku sedang berborak-borak dengan kawan-kawan tadi, tiba-tiba dia orang buka topic tentang tempat-tempat menarik yang diorang nak lawati. Ha’ah.. aku pun teringin nak pergi tempat yang best-best. Bak kata orang jauh perjalanan luas pengalaman. Dapat menikmati kenyamanan dan keindahan alam ciptaan Allah. Ni tempat-tempat yang aku nak pergi sejak kecil lagi. Mintak-mintak dapat la pergi.






1. Makkah al-Mukarramah



2. New Zealand



3. Iceland



4. St. Lucia



5. Korea



6. London



7. Venice



8. Paris

Terhiris Terguris




Lumrah persahabatan..
Terhiris terguris menguji perasaan..
Hanya satu ujian..
Bukan satu halangan..
Untuk terus berkasih sayang..
Hadapi dengan iman..
Suburkan dengan bermaaf-maafan..
Sematkan doa-mendoakan.



Saturday 19 February 2011

~Pilihanraya Kampus~

Assalamualaikum.
Good Morning, Selamat pagi...
Bangun Pagi2 sabtu ni, terasa sepi hidup ini.
Mana tak nya, kawan2 masih membuta..
Tidur penuh khusyuk, dibuai mimpi..


Sekarang ni mesti IPTA or IPTS di Malaysia ni sibuk ngn Pilihanraya Kampusnya..
tak terkecuali u aku nie..
bahang pilihanraya mula terasa..
tapi aku tak berapa nak kisah tentang itu semua..
ak tak kisah tentang Pro-A atau Pro-M atau segala pro2 yg ad kat u nie..
sapalah aku nie..
hanya penonton di tepi padang..
aku bukan pemain-pemainnya..
yang galangnya seperti wooney dan Ronaldo.


Actually nak sgt terlibat dgn kepimpinan universiti nie..
tp aku sedar akan kekuatan dan  kelemahan diriku ini..
x mau la jd time2 kat sekolah dulu..
dek kerana tamak jawatan..
gila kan kuasa..
sume aku nk bolot..
pelajaran aku, aku abaikan ..
terkubur cita-cita aku nk jd lawyer peribadi mak and abah aku..
haha..2 dulu..


Sebenarnya, aku tak boleh buat 2 keje dlm satu masa..
bak kata orang..
sambil menyelam smbil minum air..
aku x boleh doHh..
nanti lemas..tambahan lagi aku x pandai sangat berenang..
Berbalik semula ke tajuk pilihanraya kampus..

Walaupun tahun ni first time aku mengundi ..
ada benda yang aku x suka sangat dgn pilihanraya kampus kat u nie..
kata Universiti Dalam Taman..
nak lestarilah segalanya, apa-apa lah..
tp tiap2 pagi jer ade lar kertas2 yang bertaburan di bawah pintu..
Undilah saya..Undilah saya..Saya bakal mengubah dunia *contoh jer yer*

hah lagi satu..
depa duk tagged la gambar depa tu kat aku..
bila org comment maka penuhlah notificati0n aku..
ad0yai..
jenuh aku nak me'rem0ve'kannya..


akhir sekali..
mestilah pada hari rapat umum..
bakal2 pemimpin nie, nak-nak lagi penyokong duk menjerit-jerit mencanang nama mereka untuk meraih undi..
bising tau tak..!!
susah aku nak pay attenti0n masa study *bajet ko study la*
waktu tak mengundi lagi pun dah bersemangat..



Eh....aku dah nak blah ni..sebelum aku blah..
kepada semua calon2 yang bertanding, aku doakan korang semua berjaya..
nnt dah jd MPP jgn plak nk hidung tinggi..
Ingatlah pencapaian anda kerana kami yang mengundi..
Then jgn lupa manifesto anda..

eh..ada lagi, lupa nak citer.
hari tu aku berchatting dgn abah n mak  aku kat FB..
aku bgtau la xtau nak undi sapa..
ramai kot wajah2  yg aku x knl..
abah n mak aku ckp..
undi je yang muka cantik ngn handsome..
So bakal2 MPP sekalian..
sila2lah make-up diri anda..
nanti baru senang aku nak mengundi.
haha..~~



Wednesday 16 February 2011

Berkaraoke Sambil Buat Assignment

Aduuuhh….assigment belambak-lambak… Untuk hilangkan kebosanan tahap melampau sambil bersengkangmata membuat kerja seorang diri, aku pun layan lagu sambil nyanyi-nyanyi, kononnya masuk Akademi Fantasia. Hahaha.. Try la download Mini Lyrics pastu install. Mudah je.


Bila dah download, korang buka la music player yang korang ada.. bila start je lagu.. Lirik akan pop-up dengan sendirinya.. Biasa aku buka lagu guna Winamp je. Tapi Mini Lirik dimainkan bersama dengan VLC, Windows MP, Apple iTunes dan lain-lain yang seangkatan dengannya.






Tengok..bila aku buka lagu.. lirik akan terapung… lirik ini boleh diubah-ubah kedudukannya ke pelbagai sudut ikut suka hati kita. Bila dah ada benda ni, tak payah lagi bersusah payah bazirkan duit pegi karok (karaoke) jamban lagi..hahaha… berapa lama nak karaoke pun bole…
            Sekarang boleh la siapkan assignment sambil menyanyi..

AMARAN! JANGAN SAMPAI KERJA ANDA TAK SIAP
Monday 14 February 2011

~Berubahkah Aku?~



Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah


Tuhan aku hanya manusia 
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku


Tengah study sambil dengar lagu nasyid. Memang layan habis la. Tiba-tiba ada lagu dari edCoustica bertajuk Berubah. Petikan lirik nasyidnya  itu mungkin kata kata yang tepat mewakili diri aku saat ini. Aku bertanya pada diri aku, kenapa manusia berubah bila hanya sesuatu yang dialaminya seperti masalah, kecelakaan, atau kerana ada sesuatu yang diinginkannya.

Hidup ini bila dah senang, kita selalu lupa dan alpa. Bila susah, baru nak meraba-raba mencari sesuatu dengan tiba-tiba. Ahh.. sama ja semua. Aku pun sama. Kenapa dengan kita semua?

Apabila ditimpa musibah, kita pasti akan kembali kepada pencipta kita..
Tanpa jemu meminta, berdoa..
Rasa putus asa sudah tiada..

Bila hajat dikabul, doa diterima…
Kita kembali kepada fitrah lama..
Tatkala nafsu mula bermaharajalela....
     
Adakah kita mahu hidup terus terpesong selamanya? 
Tanpa pedoman dalam dada..
Entah kemana arah tujunya…

Terus lupa pada Yang ESA..
Pencipta alam semesta..
Tiada tandingan kuasa-Nya.


Aku bagaimana? Aku ingin berubah. Meninggalkan dosa dan noda hitam yang bernanah. Mahu kembali ke jalan yang diredhai..
           
            Ketika sedang menulis entri ini, meluahkan tinta-tinta dari hati. Teringat aku, ada insan pernah bermadah. Katanya:

Orang segera mengingat Allah SWT ketika bencana datang bertubi - tubi menimpa dirinya. Orang segera mengingat Allah ketika permasalahan terus menghimpit dirinya. Orang akan segera meminta pertolongan Allah ketika dia sedang ingin bercita-cita pada sesuatu yang ingin segera didapatkannya. Tapi manusia akan segera terlupa ketika kebahagian sedang ia jalani.”

            Ya..ALLAH, ampunilah dosa-dosa ku ini…aku ingin berubah hanya kerana MU. Aku impikan kebahagiaan dan keredhaan dalam setiap langkahku ini... Setiap langkah ini aku harap akan beroleh ketenangan dan hidayah dariMu... Insyaallah... Aminnn....







Sunday 13 February 2011

Assigment pertama untuk semester ke-2 2010/2011 "KAEDAH MENGATASI GEJALA MURTAD"




1.0       PENDAHULUAN
Murtad ialah satu istilah yang diberikan oleh Islam kepada perbuatan seorang muslim yang melakukan sesuatu perkara yang boleh mengeluarkan dia daripada syariat Islam baik berupa perbuatan atau perkataan ataupun kepercayaan serta keyakinan yang mencukupi syarat untuk mengeluarkan dia daripada agama Islam.
Firman Allah :
          وَمَن يَرۡتَدِدۡ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَيَمُتۡ وَهُوَ ڪَافِرٌ۬ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ حَبِطَتۡ أَعۡمَـٰلُهُمۡ فِى ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأَخِرَةِ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ‌ۖ هُمۡ فِيهَا خَـٰلِدُونَ

Maksudnya : dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya). ( Surah al-Baqarah. 2 : 217 )

            Seperti mana umum mengetahui, isu murtad bukanlah satu isu yang asing dalam kalangan umat Islam hari ini, namun ia menimbulkan kegelisahan dan reaksi daripada pelbagai pihak. Hingga ke hari ini belum ada suatu usaha yang serius dijalankan bagi mengkaji dan mengenal pasti kaedah yang sesuai digunakan dalam menangani masalah pertukaran agama di kalangan masyarakat yang beragama Islam terutamanya masyarakat Melayu-Islam. Jika dahulu masalah pertukaran agama lebih tertumpu di kalangan masyarakat beragama Buddha dan Hindu, namun kini ia semakin menular malah mendapat tempat di kalangan masyarakat  Melayu-Islam.
            Oleh itu, kertas kerja yang telah disiapkan ini akan memberikan penjelasan tentang perspektif sebenar murtad. Penjelasan ini merangkumi penerangan definisi sebenar murtad, syarat sah murtad, perbuatan yang menyebabkan murtad, kesan dan yang paling penting kaedah mengatasi murtad.


2.0       DEFINISI MURTAD
Perkataan murtad berasal daripada perkataan bahasa Arab, iaitu riddah atau irtidad. Dari sudut bahasa, perkataan riddah kebiasaannya bermaksud kembali atau rujuk. Iaitu kembali dari sesuatu kepada sesuatu yang lain. Perkataan irtidad pula membawa pengertian yang lebih luas, iaitu mereka yang meninggalkan Islam untuk tidak mempercayai Islam atau meninggalkan Islam untuk mempercayai agama lain. ( Ann Wang Seng. 2009 : 3 )
             Dari segi istilah syaraknya pula, murtad ditakrifkan dengan pelbagai takrifan. Antaranya ialah:

        i.            Menurut Dr.  Abd al-Karim Zaydan: “ Keluar daripada Islam. (Abd al-Karim Zaydan. 1994 : 300 )
      ii.            Menurut Abd al-Qadir Awdah : ‘ meninggalkan Agama Islam dan keluar daripadanya setelah menganutinya. ( Abd  al-Qadir Awda. 1994 : 661 )
    iii.            Menurut Sayyid Sabiq : ‘ kembalinya orang Islam yang berakal dan dewasa ke arah kekafiran dengan kehendaknya   sendiri, tidak ada paksaan dari orang lain. Baik yang kembali itu orang lelaki mahupun orang perempuan. ( Sayid Sabiq. 1990 : 159 )
Secara keseluruhannya dapatlah difahami bahawa murtad atau riddah adalah keluar daripada Agama Islam atau seseorang Muslim yang menjadi kafir atau memutuskan hubungannya dengan Islam.


3.0       SYARAT SAH MURTAD
Seseorang yang hendak dikategorikan sebagai seorang murtad hendaklah memenuhi syarat-syarat tertentu.  Ini bermakna sekiranya syarat tersebut tidak dipatuhi, maka seseorang itu tidak bergelar murtad dan tidak dihukum dengan hukuman orang yang murtad.
Para Ulamak bersepakat meletakkan dua syarat bagi mengesahkan seseorang Islam dikira murtad iaitu :

        i.            Berakal, orang yang yang melakukan perkara-perkara yang boleh menjadikan murtad sama ada berbentuk kepercayaan, perkataan perbuatan ataupun meninggalkan sesuatu perbuatan perlu mempunyai akal yang waras dan boleh berfikir dengan baik untuk digelar murtad dan dijatuhkan ke atasnya hukuman murtad. Kanak-kanak, orang gila, dan orang yang pengsan tidak dikira murtad walaupun telah melakukan perkara-perkara yang menyebabkan murtad (  Arieff Salleh Rosman. 2001 : 8 ).

      ii.            Pilihan sendiri atau sukarela. Tidak sah murtad orang yang dipaksa sedangkan hatinya masih beriman.
     Firman Allah:
مَن ڪَفَرَ بِٱللَّهِ مِنۢ بَعۡدِ إِيمَـٰنِهِۦۤ إِلَّا مَنۡ أُڪۡرِهَ وَقَلۡبُهُ ۥ مُطۡمَٮِٕنُّۢ بِٱلۡإِيمَـٰنِ وَلَـٰكِن مَّن شَرَح بِٱلۡكُفۡرِ صَدۡرً۬ا فَعَلَيۡهِمۡ غَضَبٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬ 
Maksudnya : Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah dia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah dan mereka pula beroleh azab yang besar. ( Surah an-Nahl. 16 : 106 )


4.0       PERBUATAN YANG MEMBAWA KEPADA  MURTAD
Ulama-ulama Islam telah membahagikan perbuatan-perbuatan yang membawa kepada murtad kepada tiga saluran iaitu murtad melalui iktikad, perkataan dan perlakuan. ( Ann Wang Seng. 2009 : 68 )

4.1       Murtad Melalui Iktikad
Murtad melalui iktikad ialah apabila seseorang itu beriktikad dengan kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam yang wajib diamalkan dan diyakini. Sebagai contohnya, iktikad bahawa Allah itu beranak dan mempunyai anak, Allah tidak mempunyai sifat-sifat yang sempurna, menafikan kebenaran risalah yang disampaikan  oleh Rasulullah s.a.w, ajaran islam tidak lengkap ataupun agama selain Islam adalah lebih baik berbanding dengan Islam itu sendiri. Dalam hal ini Allah Taala telah berfirman:

وَإِذَا تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِمۡ ءَايَـٰتُنَا بَيِّنَـٰتٍ۬ تَعۡرِفُ فِى وُجُوهِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ ٱلۡمُنڪَرَ‌ۖ يَكَادُونَ يَسۡطُونَ بِٱلَّذِينَ يَتۡلُونَ عَلَيۡهِمۡ ءَايَـٰتِنَا‌ۗ قُلۡ أَفَأُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ۬ مِّن ذَٲلِكُمُ‌ۗ ٱلنَّارُ وَعَدَهَا ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ‌ۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ
Maksudnya : Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Ialah Neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! ( Surah al-Hajj. 22 : 72 ).

            4.2       Murtad Melalui Perkataan
Murtad juga berlaku apabila seseorang melafazkan kalimah atau perkataan dan ucapan serta tulisan yang dianggap memperlekehkan, menghina, memerli, dan membenci ajaran Islam. Umpamanya ucapan dan kata-kata yang memperlekehkan sesuatu yang termaklum dalam Islam. Contohnya, ucapan itu seperti ‘berzina kalau suka sama suka apa salahnya’, ‘kalau kita menutup aurat sampai kiamat pun hidup tidak akan maju’, ‘hukum hudud sudah lapuk dan zalim’ dan ‘hadis punca kemunduran umat Islam’ ( Ann Wan Seng. 2009 : 69 ).

4.3       Murtad Melalui Perlakuan
Murtad juga boleh berlaku melalui perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam yang telah ditentukan Allah. Umpamanya tiap-tiap perbuatan yang dilakukan untuk menghormati dan mengagungkan mana-mana makhluk dengan cara-cara yang ditentukan hanya untuk membesar dan memuliakan Allah seperti sujud kepada makhluk walaupun tiada dengan niat untuk menghormatinya sama seperti tuhan.
Murtad melalui perlakuan atau perbuatan turut berlaku apabila seseorang melakukan upacara ibadah terhadap sesuatu makhluk yang disembah mana-mana agama yang bertentangan dengan Islam. Begitu juga dengan perbuatan mempersenda atau menghina Islam seperti menggunakan ayat-ayat al-quran, hadis-hadis rasul dan sebagainya dengan tujuan untuk menghina dan merendah-rendahkannya ( Ann Wan Seng. 2009 : 70 ).
  
5.0       KESAN TERHADAP MURTAD
Murtad adalah satu kesalahan jenayah hudud yang ditetepakan oleh nas, maka sesiapa yang telah disabitkan dengan jenayah ini akan berlaku kesan perundangan ke atas dirinya dan ke atas harta miliknya.
5.1       Hukuman Mati Dikenakan Jika Tidak Bertaubat
Seseorang yang murtad apabila sabit kesalahannya boleh dikenakan hukuman mati, jika tidak mahu bertaubat daripada kesalahannya itu sebagaimana yang dijelaskan hadis Rasulullah s.a.w : “sesiapa yang menukar agama, maka bunuhlah dia”. Ini merupakan hukuman asal dan asas kepada jenayah ini. Hukuman ini telah ditentukan oleh syarak tidak kira sama ada orang yang murtad itu lelaki ataupun perempuan. Hukuman ini tidak termasuk kanak-kanak, orang gila ataupun orang yang dipaksa murtad. Jika hukuman ini digugurkan dengan sebab-sebab tertentu, orang yang disabit
kesalahan murtatnya itu boleh dikenakan hukuman takzir seperti sebat, penjara, cercaan dan sebagainya ( Ann Wan Seng. 2009 : 92 ).

5.2       Harta Orang Murtad Dirampas
Mengikut pendapat Imam Malik, Imam Shafi’i dan Imam Ahmad, harta orang yang murtad sewaktu dirinya disabit dengan hukuman murtad, kedudukannya adalah tergantung ( Ann Wan Seng. 2009 : 93). Oleh itu, seseorang yang telah disabitkan oleh mahkamah melakukan jenayah murtad dan dia enggan bertaubat setelah disuruh bertaubat dan diberi tempoh selama tiga hari untuk bertaubat, maka dalam kes ini hakim bolehlah menjatuhkan serta mengisytiharkan hukuman bunuh ke atasnya dan memerintahkan semua harta benda yang diperolehinya sebelum atau selepas dia melakukan jenayah murtad itu dirampas dan diserahkan kepada Baitul Mal dan dijadikan  hak milik Baitul Mal kerana hasil usahanya semasa dia murtad adalah usaha orang yang dihalalkan darahnya yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun. (Wahbah al-Zuhaili. 2001 : 181 )

5.3       Perkahwinan Orang Yang Murtad
Seorang lelaki telah yang murtad tidak boleh mengahwini mana-mana perempuan sekalipun. Sama ada beragama Islam, kafir ataupun murtad kerana dia wajib dihukum bunuh. Begitu juga dengan perempuan yang murtad tidak boleh mengahwini mana-mana lelaki sama ada beragama Islam atau kafir atau murtad. Menurut mazhab Hanafi perempuan yang murtad wajib dipenjara dan menurut jumhur ulama’ wajib dihukum bunuh ( Arieff Salleh Rosman. 2001 : 64 ). Seseorang suami atau isteri yang telah sabit dalam mahkamah melakukan jenayah murtad, hakim hendaklah mengisytiharkan bahawa perkahwinan mereka itu sudah terbatal. Hal ini kerana dengan sebab murtad salah seorang dari suami isteri maka diwajibkan mereka tadi bercerai kerana orang-orang yang murtad itu adalah orang yang tidak mempunyai pegangan agama sekalipun mereka itu keluar dari agama Islam menganut agama samawi lain.

            Sekiranya suami itu bertaubat dan ia hendaklah kembali semula kepada isterinya, wajib dinikahkan semula dengan aqad dan mahar yang baru kerana penceraian di antara suami isteri itu  adalah dari sebelah pihak suami dengan kehendak suami itu sendiri  iaitu melakukan jenayah murtad. Jumhur fuqaha’ berpendapat bahawa penceraian di antara suami isteri disebabkan murtad suaminya adalah dianggap sebagai fasakh kerana penceraian di antara suami isteri itu adalah ditetapkan oleh hukum syara’ iaitu bukan dengan sebab dilakukan suami. Jika seseorang isteri telah murtad  wajib difara’kan (diceraikan) dengan suaminya dengan penceraian secara fasakh. Namun begitu, jika sekiranya isteri itu bertaubat dan dia hendaklah kembali semula kepada suaminya, wajib akad nikah dan mahar yang baru dan tidak boleh dikurangkan bilangan talaknya.

Jika seseorang yang telah murtad yang hendak berkahwin dengan pasangan dari penganut agama yang baru dianutinya, orang murtad itu wajib dibunuh dan tidak boleh dianggap lagi sebagai kafir zimmi yang boleh diberikan perlindungan. Orang-orang yang murtad itu bukan sahaja ia tidak boleh berkahwin malah hak mereka sebagai wali untuk mengahwinkan perempuan yang dibawah kuasanya juga adalah terbatal dengan sebab murtadnya.


6.0       KAEDAH MENGATASI GEJALA MURTAD
Pada bahagian ini dicadangkan beberapa kaedah mengatasi gejala murtad. Kaedah-kaedah mengatasi murtad ini telah khususkan kepada skop yang lebih kecil iaitu kepada hukuman asal iaitu hukuman mati, individu, kerajaan , professional, dan masyarakat.

6.1       Hukuman Mati.
Mengikut jumhur ulama, kesalahan murtad boleh dikategorikan dalam kesalahan hudud yang terdapat dalam sistem perundangan Islam. Kesalahan hudud bererti kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman hudud.
Secara asalnya, hukuman yang dijatuhkan kepada orang yang murtad ialah dibunuh. Ini berdasarkan kepada hujah dan dalil hadis nabi s.a.w  yang bermaksud, “sesiapa yang menukar agamanya ( murtad ) maka bunuhlah dia”.  Hukuman wajib dikenakan kepada semua penjenayah murtad sama ada lelaki ataupun perempuan, tua ataupun muda tanpa sebarang perbezaan. Ini merupakan pendapat jumhur ulama kecuali Imam Abu Hanifah yang mengecualikan orang perempuan yang murtad daripada dibunuh. Sebaliknya orang itu harus digesa supaya bertaubat dan kembali semula kepada jalan Islam. Sekiranya tetap enggan berbuat demikian, maka dipenjarakan sehingga mati. (Ann Wan Seng. 2009 : 71 )
Menurut Imam al-Syafie, seseorang yang murtad terlebih dahulu diminta bertaubat dan kembali kepada Islam dalam tempoh tiga hari. Jika tetap enggan bertaubat maka barulah dijatuhkan hikuman bunuh bersesuaian dengan hadis nabi tersebut.

6.2       Peranan Individu.
Manusia dan agama tidak dapat dipisahkan dalam menjamin kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Allah telah mengutuskan kepada setiap bangsa seorang nabi atau rasul bagi memberi tunjuk ajar kepada umat manusia tentang kewajipan yang perlu dipatuhi dan larangan yang mesti dihindari agar kehidupan mereka diredhai oleh Allah. Para nabi dan rasul tidak meninggalkan harta benda yang banyak untuk diwarisi oleh umat manusia sebaliknya mereka meninggalkan ilmu agama yang mengukuhkan aqidah Islam dalam memastikan keluarga terdekat dan kaum mereka terus menyembah Allah selepas kewafatan mereka. Jika para nabi dan rasul meninggalkan harta maka ia pasti akan kehabisan dan umatnya akan menjadi lebih kufur kepada Allah serta saling berperang kerana berebutkan harta kekayaan dunia. Sebaliknya dengan meninggalkan ilmu agama maka ilmu dan agama terus berkembang sehingga umatnya terus berada di bawah suluhan wahyu Allah dan sentiasa berhati-hati dalam mencari harta kekayaan dunia agar tidak terlibat dengan sebarang perkara yang boleh merosakkan akidah seperti rasuah dan murtad.
Apabila bercakap mengenai manusia dan agama maka salah satu masalah yang seringkali menjadi perbahasan adalah gejala murtad. Faktor berlaku kemurtadan yang paling utama ialah kerana kejahilan mereka dalam memahami agama ( islam ) sebagai cara hidup, budaya hedonisme dan strategi musuh yang licik. Dalam menghadapi situasi murtad yang semakin berleluasa kini, sudah tentu pemerkasaan ilmu pengetahuan terutamanya tentang ilmu pendidikan Islam yang merupakan suatu kewajipan terhadap setiap umat yang beragama Islam. 
            Pendidikan Islam adalah suatu perkara yang difardhukan ke atas seseorang muslim untuk diterima dan dipelajari. Pendidikan mestilah bermula daripada rumah, menjangkau ke alam persekolahan dan pusat-pusat pengajian tinggi serta persekitaran ilmu yang dibentuk oleh kerajaan yang memerintah. ( Riduan Mohamad Nor, Mohd Asri Mat Daud. 2009 : 141)
            Walaupun hari ini setiap individu sudah diberikan peluang yang seluas-luasnya dalam menuntut ilmu, namun tanpa panduan agama yang kukuh, pastinya mereka akan mudah terpengaruh dengan pemikiran yang menyesatkan. Ilmu harus dibezakan dengan maklumat kerana skop ilmu yang  lebih luas meliputi kepercayaan, pengenalan, fakta, kajian  dan sebagainya. Oleh itu, penekanan terhadap ilmu-ilmu asas seperti ilmu-ilmu al-Quran, ilmu-ilmu hadis dan lain-lain tuntutan fardhu ain dipertingkatkan di samping tuntutan mempelajari ilmu-ilmu falsafah Islam dan Barat. Dalam erti kata lain, setiap individu Muslim perlu diberi kesedaran dan galakan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam semua bidang terutamanya dalam ilmu ketuhanan yang  mana ianya menjadi teras dalam pembentukan dan pemantapan  akidah seseorang individu agar tidak terpesong dari landasan syariat sehingga boleh menjadi murtad.
            Minda individu Islam juga perlu diasah bagi menghadapi serangan-serangan pemikiran yang pasti lebih mencabar mengikut peredaran zaman.  Antaranya dengan meningkatkan kepekaan terhadap isu-isu semasa terutamanya berhubung dengan permasalahan yang boleh menggugat akidah. Ia bertujuan agar golongan individu yang mempunyai pendidikan tinggi mampu menjadi agen perubah masyarakat sekaligus sebagai jurubicara umat. Di peringkat akar umbi, berpersatuan perlulah digalakkan sebagai salah satu medium dakwah dan berkongsi ilmu terutamanya agama.

6.3       Mendesak Pihak Kerajaan Mengambil Sikap Serius.
Sesungguhnya pihak berkuasa agama Negeri dan Mahkamah Syariah mempunyai autoriti tersendiri dalam usaha menangani masalah murtad. Antaranya ialah penguatkuasaan, pemantauan, khidmat nasihat dan sebagainya. Walaubagaimanapun mereka mempunyai keterbatasan tertentu disebabkan akta undang-udang di Malaysia yang mendaulatkan Perlembagaan Malaysia melebihi undang-undang lain, termasuk undang-undang Islam. Jika sesuatu undang-undang tersebut bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan maka bahagian yang bertentangan akan terbatal. Hal ini jelas dinyatakan dalam peruntukan Perkara 4(1) Perlembagaan ( Perlembagaan Malaysia. 2007 : 4 ).
            Oleh yang demikian, adalah dicadangkan bahawa struktur perlembagaan yang ada boleh digunakan untuk melaksanakan Islam sekiranya pindaan atau penyesuaian yang berkaitan dilakukan ( Abdul Aziz bari : 2005 : 116 ). Peruntukan mengenai definisi murtad dan hukuman murtad mengikut perundangan Islam perlulah dilaksanakan agar jumlah golongan murtad ini dapat dihapuskan. Secara tidak langsung ianya telah memberikan kedudukan yang istimewa kepada agama Islam berbanding agama-agama lain. Kerana dari sudut sejarahnya, Islam begitu sinonim dengan  Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Dalam mana-mana perlembagaan pun, alasan sejarah sudah mencukupi untuk berfungsi sebagai ‘brek’  kepada desakan-desakan yang mahukan supaya agama-agama lain diberikan  kedudukan yang sama. Adalah dicadangkan bahawa kedudukan ini perlu diambil kira dalam menangani masalah murtad khususnya dan persoalan-persoalan berhubung dengan hak terhadap kebebasan beragama yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan amnya.   
Kerajaan juga perlu bertindak memerangi riddah ini sehingga ke peringkat akar umbi agar generasi akan datang memandang persoalan murtad sebagai sesuatu yang serius. Ini kerana pihak kerajaan, misalnya pihak berkuasa agama Negeri mempunyai banyak ruang jika mereka mempunyai kemahuan. Contohnya, dalam kes ajaran sesat seperti “Ayah Pin” di Batu 13, Hulu Besut Terengganu yang telah menyebabkan banyak kes murtad berlaku kepada pengikut-pengikutnya. Dalam hal ini, pihak berkuasa agama Terengganu terlalu berhati-hati dan lembab dalam menangani isu ini, mungkin juga kerana pertalian politik ketua ajaran sesat ini dengan pemimpin-pemimpin politik Terengganu.
            Bayangkan sudah berapa tahun kumpulan ini meraih pengikut dengan berleluasa sehingga ribuan umat Islam terjebak termasuklah daripada golongan profesional Melayu dan pelajar Universiti al-Azhar. ( Riduan Mohamad Nor, Mohd Asri Mat Daud. 2009 : 143 ). Mengikut laporan, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980-an tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970-an lagi. Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara. ( www.celapakit.net/showthread.php?tid=4884 )
            Di Lembah Kelang sebagai contoh, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ) , Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) perlulah bersikat proaktif kepada isu murtad ini kerana Lembah Kelang menjadi lubuk kepada gejala murtad , gerakan liberal, gerakan misionari dan pelbagai ajaran sesat termasuklah “Black Metal” yang meracun pemikiran dan tingkahlaku  pengikutnya dengan ajaran syaitan. Usaha pemantauan perlulah dilakukan oleh badan-badan ini kerana mereka telah diberikan kuasa untuk menghalang aktiviti-aktiviti seperti gejala murtad ini. JAWI, JAIS, JAKIM dan seluruh badan-badan agama perlulah melakukan pemantauan terhadap NGO-NGO Kristian yang bergerak secara aktif membuat kebajikan dengan menyarankan kepada remaja Melayu. Program-program yang dibuat seperti lawatan, seminar kecemerlangan pelajar, perkelahan dan sebagainya adalah perangkap akidah. ( Riduan Mohamad Nor, Mohd Asri Mat Daud. 2009 : 144 ).

            Oleh itu, pihak berkuasa seperti kerajaan perlulah memainkan peranan dengan lebih menyeluruh secara aktif agar umat Islam di Malaysia terutamanya tidak terus terjebak dalam gejala murtad ini.

6.4       Peranan Golongan Ulama Dan Intelektual
Golongan ulama perlu memainkan peranan yang lebih sinergi dalam mendidik dan memberi kefahaman kepada generasi baru berkaitan bahaya gejala yang merosakkan akidah ini terutamanya gejala murtad kini agar mereka lebih berwaspada dengannya. Golongan ini juga perlu turut bekerjasama dengan agensi-agensi Islam dalam memurnikan pemikiran umat Islam yang menyeleweng terutama tentang salah faham yang berlaku terhadap agama Islam hari ini. Segala perancangan jahat kumpulan kuffar ini terhadap umat Islam perlu dibongkar hingga ke akar umbi dan didedahkan kepada masyarakat supaya masyarakat mengetahui dan waspada terhadap dakyah yang disebarkan oleh mereka.
 Jika dikaji suatu masa dahulu, masyarakat Melayu kaya dengan ulama yang menyandang pelbagai gelaran seperti Maulana, Sheikh, Makhdum dan Tuan Guru. Selain itu, istana pula menjadi tempat berkumpul untuk menuntut ilmu sebagaimana yang ditulis dalam ‘Sulatus salatin’ karya Tun Seri Lanang. Sekolah Pondok, madrasah serta tempat-tempat menuntut ilmu sentiasa menjadi tumpuan masyarakat pada masa tersebut, terutamanya di negeri-negeri Melayu utara seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Sebahagian dari lulusan pondok ini juga berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di negara Arab seperti Mekah, Madinah dan Mesir. Sekembalinya mereka ke tanah air, mereka berkhidmat sebagai pegawai agama di jabatan Agama serta menjadi guru-guru agama.  Kesan dari faktor inilah menjadikan isu murtad ini cukup asing dan akan ditentang habis-habisan jika ianya terjadi dalam masyarakat kesan dari peranan yang dimainkan oleh golongan ulama ini. Ianya boleh dilihat apabila terjadinya kisah Natrah di Singapura pada tahun 1950.
 Jika sebelum merdeka, orang Melayu takut untuk menghantar anak-anak mereka menuntut di sekolah Inggeris kerana khuatir akidah anak mereka akan terpesong atau murtad jika belajar di aliran sebegini. Sentimen sebegini terbukti berjaya mengekang masyarakat pada zaman tersebut dari terlibat dengan gejala murtad. 

6.5       Membentuk Pandangan Umum.
Membentuk pandangan umum adalah salah satu kaedah yang boleh memberi kesedaran kepada masyarakat hari ini tentang bahayanya gejala dan masalah murtad ini. Dengan meletakkan isu murtad ini sebagai isu yang besar, ianya membolehkan masyarakat bercakap mengenainya, merasa bahang implikasi murtad, merasa terpanggil untuk mencegah murtad dan merasa bertanggungjawab untuk menangani isu murtad ini secara bersepadu ataupun secara peribadi. Pandangan masyarakat perlulah dipugar dengan lingkungan skala yang luas dan meratai segenap kehidupan serta strata sosial.
            Sebagai contohnya, ahli masyarakat seperti jawatankuasa komuniti kediaman perlu memainkan peranan yang lebih berkesan dalam menangani masalah ini. Jika mereka boleh bersatu padu dalam menjaga keamanan kawasan kediaman, maka sudah  pastinya mereka juga mempunyai kekuatan dalam menjaga dan turut prihatin dengan masalah akidah masyarakat setempat. Di sini, masjid, surau mahupun balai raya dilihat sebagai tempat yang paling ideal dalam membincangkan masalah-masalah yang berlaku di dalam masyarakat serta turut bersama-sama membincangkan cara mengatasi masalah murtad ini. Kesannya masyarakat akan merasa terpanggil  dan bertanggungjawab untuk turut serta membasmi gerakan ini secara berkelompok atau secara peribadi. Pemikiran masyarakat juga perlulah diaktifkan dengan isu-isu terkini berkenaan gejala murtad ini agar masyarakat dapat turut serta dalam menangani masalah ini.
            Di antara modus operandi yang boleh dilakukan untuk meluaskan maklumat
berkenaan isu ini ialah :
a)      Penglibatan pihak media massa dan media cetak dalam menyebar luas bahaya gejala murtad ini jika berkembang dalam masyarakat. Ini kerana media mempunyai kuasa dalam membentuk pandangan masyarakat umum. Program-program agama sama ada melalui media cetak atau elektronik sepatutnya diletakkan prioriti utama  dengan meningkatkan jumlah program dan mengurangkan rancangan-rancangan yang berbentuk hiburan seperti yang ditayangkan di kaca TV pada hari  ini. Dalam hal murtad, pihak media wajar membantu dalam pendedahan yang meluas serta kefahaman tentang implikasi penukaran agama dan kehinaannya menurut Islam. (Masrinah bt Maslih. 2008 : 109 )
b)      Mengadakan konvensyen, wacana ilmu, seminar serta bengkel berkenaan isu murtad ini secara kolektif dan berterusan. Medan sebegini kebiasaannya berkesan untuk menarik golongan elit dan kelas pertengahan turut serta membincangkan permasalahan murtad ini.
c)      Mengadakan ceramah, forum, kuliah serta tazkirah berkenaan tajuk murtad. Method ini biasanya menjadi kegemaran kelompok masyarakat biasa yang sudah biasa mengunjungi masjid, ceramah politik, surau, kelas-kelas pengajian agama.
d)     Menaikkan kain rentang, bunting,  poster dan mengedarkan “stikerstiker” yang boleh ditampal di kereta untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya gejala ini.
e)      Penyerahan memorandum dan kutipan tandatangan untuk meraih publisiti dari pihak media. Contohnya  kejayaan BADAI (Badan Bertindak Anti IFC) yang berjaya menggagalkan seminar yang dianjurkan oleh kumpulan  ‘artikel 11’ di Pulau Pinang. Ekoran tindakan BADAI ini juga masyarakat mulai memperkatakan tentang gejala murtad dan ancaman IFC. Malahan kumpulan IFC ini juga telah memadamkan jadual roadshow mereka ke seluruh negara dalam laman sesawang kumpulan ini.  ( Riduan Mohamad Nor, Mohd Asri Mat Daud. 2009 : 145 )

7.0       KESIMPULAN
Seperti umum mengetahui, gejala murtad adalah satu penyakit yang membawa kemudaratan kepada agama Islam. Jika diibaratkan Islam itu sebagai manusia, maka murtad boleh diangap sebagai toksik dalam tubuh badan. Toksid yang terkumpul di dalam badan sekiranya dibiarkan akan menjadi sel kanser yang berkembang biak, seterusnya menjadi barah dan akhirnya, akan menjadi penyebab ajalnya manusia. Begitulah gejala murtad yang berlaku pada hari ini yang bermula daripada kes-kes yang terpencil, apabila dibiarkan tanpa sebarang tindakan pencegahan, akhirnya ia akan menjadi duri dalam daging yang tidak mustahil pada masa akan datang ia akan mengancam umat Islam terutamanya di Malaysia.
            Usaha untuk memurtadkan orang Islam tidak pernah berakhir. Justeru itu, umat Islam perlulah sentiasa berjaga-jaga. Cegahlah murtad sebelum ia menjadi lebih berleluasa dan bertambah bahaya.