Pages

Sunday 30 September 2012

6 Perkara Perlu Dielakkan Agar Tidak Jadi Kera Sumbang


Kawan, kau mesti rasa gembira dan bahagia bila ada orang yang ambil berat serta sentiasa mengingati kau setiap masa kan?

Contohnya,
Bila si dia makan, si dia ingat untuk mengajak kau.
Bila si dia ke mana-mana, si dia tidak lupa untuk membelikan kau cenderamata.
Bila si dia susah, si dia tidak ragu-ragu untuk berkongsi dengan kau.
Dan bila si dia senang, si dia juga tidak lupa untuk meraikannya bersama dengan kau.

      Namun tidak semua di antara kita ini bertuah. Ada juga yang bermurung dan merungut kerana terasa diri ini seperti disisihkan dari orang-orang sekeliling macam “KERA SUMBANG”. 

 


Kawan, bukanlah sesuatu yang sukar untuk mendapatkan perhatian dari seseorang. Selagi kau jujur, baik dan ikhlas berkawan sudah pastinya kau dihargai.

Di sini aku cuba kongsi 6 jawapan mengapa kau sering disisihkan. Aku ini bukanlah seorang motivator ataupun penasihat professional, tapi kalau sekadar nak berkongsi, aku rasa tidak ada salahnya.

1.         KAU TIDAK JUJUR DALAM BERKAWAN
Mungkin kau rasakan selama ini kau sudah cukup jujur dan ikhlas, tetapi hakikatnya tidak sebenarnya. Di depan sahaja kau berlagak seperti kawan yang baik, sedangkan di belakang kawan-kawan kau sedikit pun kau tidak menghargai mereka. Sekiranya kau nak orang saying, hargai dan hormati kau sebagai kawan, kau seharusnya terlebih dahulu menyayangi , menghargai dan menghormati kawan kau.

2.         KAU AGAK KEDEKUT DAN TERLALU SUKAR UNTUK BERKONGSI
Ada sahaja alas an yang kau bagi apabila kawan-kawan kau ingin meminjam barang ataupun memohon pertolongan dari kau. Sehingga ada yang beri gelaran pada kau “Haji Bakhil” atau pun “Tangkai Jering”.

3.         KAU SERING AMBIL KESEMPATAN TERHADAP ORANG LAIN
Contoh yang aku nak bagi seperti bila kau rasa orang tersebut baik dan mudah untuk dipergunakan kau akan mengambil kesempatan untuk meminta dia buat itu dan ini untuk kau. Namun jangan kau sangka air yang tenang tiada buaya. Bila dah lama dan selalu kau ambil kesempatan. Silap haribulan kau akan terima balasan di atas apa yang kau dah lakukan.

4.         KAU SEORANG YANG HIPOKRIT
Di depan, kau tak pernah berkata apa-apa yang buruk tentang kawan baik kau. Tapi di belakang dia, pantang ada peluang, kau pasti hebahkan cerita kedai kopi yang penuh sensasi tentang kawan kau  tu ke seluruh pelusuk biar satu dunia tahu.


5.         KAU SERING BERBANGGA DIRI
Mungkin mungkin kadang-kala kau tidak perasan. Tapi kalau sudah seringkali kau bersembang-sembang dan berbual di hadapan kawan-kawan kau, kau sering cakap dan rasa kaulah yang paling cantik, paling kaya, paling handsome, paling meletup dan sebagainya yang kau boleh bangga. Malah tiada orang sesempurna kau. Apa lagi kalau semua itu kalau tidak dipanggil membangga diri.

6. KAU TERLALU LANTANG BERSUARA TANPA LANGSUNG MEMIKIRKAN PERASAAN ORANG YANG MENDENGAR
Mungkin niat kau hanya mahu berterus terang, tetapi kau harus ingat, bukan semua orang bersifat terbuka boleh terima apa sahaja yang dilemparkan pada dia. Sebab itu, orang kata cakap biar berlapik. Biar kena pada tempat, gaya dan masanya.

            Itulah 6 perkara yang kau perlu elakkan serta jauhi agar diri kau tidak disisihkan oleh mereka yang berada di sekeliling kau yang menyebabkan kau rasa seperti jadi “KERA SUMBANG”. Sekiranya kau rasa ada semua atau salah satu daripada apa yang aku sebutkan, cubalah berubah..
             
Saturday 29 September 2012

Bersedia Untuk Kahwin


Kepada kawan-kawan yang rasa-rasa ingin mendirikan rumahtangga tapi belum pernah menghadiri kursus pra-perkahwinan maka bolehlah sertai kursus yang akan diadakan sepertimana yang tertera dalam iklan di bawah ini.


Kursus pra-perkahwinan ni hanya terbuka kepada pelajar dan kakitangan UKM sahaja. Bagi yang bukan kakitangan mungkin ini bukan rezeki anda. insyaAllah boleh cuba hadiri kursus yang sebegini rupa di mana-mana tempat yang menyediakan kursus ini.

Saya pun nak join juga alang-alang dah ada peluang ni.  Ini bukan kerana gatal teramat sangat nak kahwin. Tetapi tak salahkan kalau kita menyiap sediakan diri kita untuk masa hadapan.

Nanti lepas sudah hadiri kursus boleh terus kahwin. Yeehhhaaahh..

Friday 28 September 2012

Riang Tawa Seketika

Alhamdulillah..Syukur pada Allah.
Akhirnya laporan praktikal aku yang tebal tu siap jugak aku tulis.
Penat bukan kepalang.
Sudah beberapa hari aku tidur lewat gara-gara nak taip laporan tu.
Bila dah siap mula la nak gila.
Rasa macam nak sambut raya.
Hahaha

Tiba-tiba terasa nak upload gambar lama dahulu kala..
Tanda jiwa aku bahagia..
Tanda aku suka..
Tanda jiwa aku ceria…
Terima kasih Yang Maha Esa.
Love You Forever and Ever



Thursday 27 September 2012

Fikir Dulu Sebelum Makan Bakso.....

sekadar gambar hiasan

Tadi masa aku nak makan tengah hari, kawan aku ni tempah bakso.
Aku pula standard orang Melayu la, nasi putih dengan  lauk campur.
Sambil menunggu bakso kawan aku sampai, aku dah mula makan dulu.
Tengah asyik makan, tiba-tiba aku teringat cakap seorang pensyarah aku pasal bakso.

Dalam kelas tutorial aku sebelum ni ada seorang pelajar dari Indonesia.
Semasa sesi suai kenal, pensyarah aku ada bertanya pada dia.
Dekat tempat tinggal dia memang terkenal dengan bakso ke?
Dia jawab ye…

Pensyarah tu pun bercerita tentang satu kejadian yang berlaku sewaktu di pergi ke Indonesia.
Dia cakap teringin makan bakso di Indonesia , waktu dia pergi sana dulu.
Lepas tu dia Nampak satu kedai jual bakso yang letak sign board besar bertulis BAKSO ASU.
Dia pun ajak kawan dia pergi sana, sebab nampak meriah kedai tu.
Last-last kawan dia cakap; pergi la kalau kau sanggup makan situ.

Pensyarah aku pun jadi hairan, kenapa kawan dia cakap macam itu.
Walhal, kedai itu nampak bersih dan cantik.
Selepas diterangkan oleh kawan dia.
Dia batalkan hasrat nak makan bakso di kedai tu.
Malah batalkan hasrat untuk makan bakso di Indonesia.

Kamu semua nak tahu kenapa dia batalkan hasrat dia….
nak tahu tak??

Jeng-jeng-jeng…………

Rupa-rupanya…..

BAKSO ASU tu maksudnya  BAKSO DAGING ANJING….

Erkk………..

Lepas ini, siapa-siapa yang nak makan bakso tu selidik-selidik dulu ye….
Tak semua kedai jual bakso asu kat Indonesia tu…
Ada je kedai yang halal…
So kena pandai-pandai pilih dan cari….

Sekadar berkongsi cerita dari aku…………adios J



Tuesday 25 September 2012

Gambar Punya Cerita

Bangun awal-awal pagi tak tahu apa nak buat.
buka lappy, tengok-tengok gambar kejap.
Then ternampak gambar yang ada dalam simpanan aku.
Gambar yang yang diambil masa pergi overseas hari tu.
hahaha...

Gambar yang unik.
Mungkin bagi sesiapa yang memahaminya.
cuba kamu-kamu sekalian fikir apa maksud gambar ini?
Ini gambar punya cerita.

p/s aku pun masih memikirkan apa maksud gambar ini.
sebab tu semester ini aku amik kursus SENI TAMPAK.

Monday 24 September 2012

The Piano Guys




Kali pertama aku tonton video klip The Piano Guys ni masa aku praktikal. Kawan aku Ahmad Farhan bin Ahmad Puad, pelajar L.L.B dari UIAM yang tunjukkan video ini. Itu la kali pertama aku tahu siapa The Piano Guys. Bila tonton video klip ni rasa layan je. Dengan gabungan music yang dialun berdasarkan kreativiti.


            Tangkas, kreatif, menarik, dan menghiburkan itu yang aku dapat ungkapkan untuk video klip The Piano Guys. Aku rasa tak perlu aku cakap banyak kot. Cuba tonton video klip di atas dan nilai sendiri..