Pages

Sunday 30 September 2012

6 Perkara Perlu Dielakkan Agar Tidak Jadi Kera Sumbang


Kawan, kau mesti rasa gembira dan bahagia bila ada orang yang ambil berat serta sentiasa mengingati kau setiap masa kan?

Contohnya,
Bila si dia makan, si dia ingat untuk mengajak kau.
Bila si dia ke mana-mana, si dia tidak lupa untuk membelikan kau cenderamata.
Bila si dia susah, si dia tidak ragu-ragu untuk berkongsi dengan kau.
Dan bila si dia senang, si dia juga tidak lupa untuk meraikannya bersama dengan kau.

      Namun tidak semua di antara kita ini bertuah. Ada juga yang bermurung dan merungut kerana terasa diri ini seperti disisihkan dari orang-orang sekeliling macam “KERA SUMBANG”. 

 


Kawan, bukanlah sesuatu yang sukar untuk mendapatkan perhatian dari seseorang. Selagi kau jujur, baik dan ikhlas berkawan sudah pastinya kau dihargai.

Di sini aku cuba kongsi 6 jawapan mengapa kau sering disisihkan. Aku ini bukanlah seorang motivator ataupun penasihat professional, tapi kalau sekadar nak berkongsi, aku rasa tidak ada salahnya.

1.         KAU TIDAK JUJUR DALAM BERKAWAN
Mungkin kau rasakan selama ini kau sudah cukup jujur dan ikhlas, tetapi hakikatnya tidak sebenarnya. Di depan sahaja kau berlagak seperti kawan yang baik, sedangkan di belakang kawan-kawan kau sedikit pun kau tidak menghargai mereka. Sekiranya kau nak orang saying, hargai dan hormati kau sebagai kawan, kau seharusnya terlebih dahulu menyayangi , menghargai dan menghormati kawan kau.

2.         KAU AGAK KEDEKUT DAN TERLALU SUKAR UNTUK BERKONGSI
Ada sahaja alas an yang kau bagi apabila kawan-kawan kau ingin meminjam barang ataupun memohon pertolongan dari kau. Sehingga ada yang beri gelaran pada kau “Haji Bakhil” atau pun “Tangkai Jering”.

3.         KAU SERING AMBIL KESEMPATAN TERHADAP ORANG LAIN
Contoh yang aku nak bagi seperti bila kau rasa orang tersebut baik dan mudah untuk dipergunakan kau akan mengambil kesempatan untuk meminta dia buat itu dan ini untuk kau. Namun jangan kau sangka air yang tenang tiada buaya. Bila dah lama dan selalu kau ambil kesempatan. Silap haribulan kau akan terima balasan di atas apa yang kau dah lakukan.

4.         KAU SEORANG YANG HIPOKRIT
Di depan, kau tak pernah berkata apa-apa yang buruk tentang kawan baik kau. Tapi di belakang dia, pantang ada peluang, kau pasti hebahkan cerita kedai kopi yang penuh sensasi tentang kawan kau  tu ke seluruh pelusuk biar satu dunia tahu.


5.         KAU SERING BERBANGGA DIRI
Mungkin mungkin kadang-kala kau tidak perasan. Tapi kalau sudah seringkali kau bersembang-sembang dan berbual di hadapan kawan-kawan kau, kau sering cakap dan rasa kaulah yang paling cantik, paling kaya, paling handsome, paling meletup dan sebagainya yang kau boleh bangga. Malah tiada orang sesempurna kau. Apa lagi kalau semua itu kalau tidak dipanggil membangga diri.

6. KAU TERLALU LANTANG BERSUARA TANPA LANGSUNG MEMIKIRKAN PERASAAN ORANG YANG MENDENGAR
Mungkin niat kau hanya mahu berterus terang, tetapi kau harus ingat, bukan semua orang bersifat terbuka boleh terima apa sahaja yang dilemparkan pada dia. Sebab itu, orang kata cakap biar berlapik. Biar kena pada tempat, gaya dan masanya.

            Itulah 6 perkara yang kau perlu elakkan serta jauhi agar diri kau tidak disisihkan oleh mereka yang berada di sekeliling kau yang menyebabkan kau rasa seperti jadi “KERA SUMBANG”. Sekiranya kau rasa ada semua atau salah satu daripada apa yang aku sebutkan, cubalah berubah..
             

No comments:

Post a Comment