Pages

Wednesday 21 February 2018

20 Amalan Murahkan Rezeki




Amalan 1.

Selalu Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak akan sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam Hadis Qudsi:

Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku, maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan, dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)


Amalan 2.

Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah s.w.t, yang menjadi sebab Allah merasa kasih dan sayang  pada hamba-Nya, lalu Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba yang meminta itu.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar, maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya,
dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)


Amalan 3.

Meninggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak bernilai malah tidak diterima di sisi Allah jika masih berterusan melakukan dosa. Dosa bukan saja membuat hati menjadi resah, malah ia juga akan menutup pintu rezeki.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki karena dosa yang diperbuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)


Amalan 4.

Sentiasa mengingati Allah s.w.t

Banyak mengingati Allah membuatkan hati berasa tenang dan kehidupan terasa lapang serta dipermudah rezeki oleh Allah.

Firman-Nya:

“...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingat  Allah hati menjadi tenteram.” (Al Quran, Surah Ar-Ra’d, Ayat 28)


Amalan 5.

Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat dari Imam Ahmad, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan, agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambah rezeki baginya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya, maka kebahagiaanlah buatnya,
dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya,
niscaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. “ (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


Amalan 6.

Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah, termasuk juga menggembirakan dan meraikan orang tua, orang yang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki, melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)


Amalan 7.

Menunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat atau keinginan  orang, menjadi sebab Allah melapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat atau keinginan sendiri, seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)


Amalan 8.

Banyak berselawat

Amalan berselawat dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki, serta menyebabkan terlaksananya semua hajat.

Daripada Abdullah bin Amar bin Ash r.a. sesungguhnya ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku. Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (Riwayat Muslim)


Amalan 9.

Banyak melakukan amal kebajikan

Melakukan amal kebajikan dengan hati yang ikhlas akan diberi ganjaran oleh Allah dengan rezeki yang murah.

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pun boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki & makhluk lain mengutuknya.”


Amalan 10.

Berpagi-pagian
                                    
Menurut Nabi Muhammad s.a.w., berpagi-pagian (memulakan aktiviti harian sebaiknya selesai solat Subuh berjemaah) akan dipermudahkan Allah segala urusan dan diberkati amalannya.


Amalan 11.

Menjalin hubungan silaturrahim

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya, maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)


Amalan 12.

Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab badwi menemui Nabi Muhammad s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezekinya oleh Allah. Lalu Nabi Muhammad s.a.w. pun bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan dari Sayyidina Khalid al-Walid)


Amalan 13.

Bersedekah

Amalan bersedekah mengundang rahmat dari Allah dan menjadi penyebab Allah membuka pintu rezeki seseorang hamba itu.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,
yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.
Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


Amalan 14.

Melazimi diri untuk solat malam (Tahajud)

Solat tahajud memudahkan seseorang manusia untuk memperoleh rezeki. Amalan tahajud juga menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan oleh Allah .

Abu Hurairah r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tuhan kita Yang Maha Suci dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, “Siapa yang mahu berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapa yang mahu meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapa yang mahu meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampunkan?


Amalan 15.

Melazimi Solat Dhuha

Amalan Solat Dhuha yang dibuat pada waktu orang lain sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian dan pekerjaan) juga mempunyai rahsia yang tersendiri.

Firman Allah s.w.t dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan  empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


Amalan 16.

Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah s.w.t. Lawannya adalah kufur nikmat.

Allah s.w.t berfirman:

“Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim: 7)


Amalan 17.

Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat Al-Quran atau Asma’ul Husna (99 Nama Allah) selain dapat menenangkan hati manusia, malah dapat menjernihkan perasaan dan melunakkan hati. amalan berzikir mengandungi fadilah khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan untuk memahami agama, diberi kemanisan iman, serta dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir Surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara rutin tujuh kali selepas solat fardhu, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah ,al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika dibaca selalu; misalnya dibaca“Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa; “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan pengampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.”

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca Surah al-Waqi’ah setiap malam,dia tidak akan ditimpa kefakiran & kemiskinan selagi dia hidup di dunia ini. Wallahu a’lam.


Amalan 18.

Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam Al-Quran,Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan kabulkan.


Amalan 19.

Berikhtiar sehabisnya

Siapa yang berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam 1 hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi nikmat agama Islam hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang Islam yang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezekidalam ruang lingkup yang lebih luas. Misalnya, agar tenang saat membaca Al-Quran, hendak dapat anak yang baik sehingga dididiknya sejak anak dalam kandungan,hendak sihat maka dijaganya pemakanannya dan memakan makanan yang baik dan halal, hendak dapat tetangga yang baik maka dia sendiri mesti berusaha jadi baik, hendak dapat jodoh yang baik dia sendiri kena jadi baik terlebih dulu, hendak rezekinya  berkat maka dijauhinya dari sumber yang haram, dan sebagainya.


Amalan 20.

Bertawakkal
Dengan tawakal, seseorang itu akan dikurniakan rasa kaya dengan Allah .

Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah , niscaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah At-Thalaq: 3)


Thursday 8 February 2018

dua ribu lapan belas


Dua ribu lapan belas
Dah sebulan lebih tahun baru berlalu,
Azam aku nak rajin update blog masih juga sendu.

Asal tekad mahu sebar ilmu,
Tapi aku masih kaku,

Otak dengan idea masih tidak bertemu.

oh Allah aku mohon petunjuk MU..