Pages

Thursday 19 April 2012

Update Blog Aku~


Assalamualaikum dan salam sejahtera… 

Lama tak update blog. Sejak kebelakangan ini aku agak sibuk dengan tanggungjawab yang aku pikul sebagai seorang pelajar dan seorang yang memegang jawatan dalam persatuan.
          Blog aku pun sudah bersarang dek kerana sudah lama tidak di update dengan cerita-cerita terkini. Kadang kala setiap kali aku buka blog aku ni, terlintas di hati untuk meng“update” blog tu ada. Aku ada banyak cerita yang ingin aku sampaikan di sini. Namun apakan daya, niat hanya tinggal niat.
          Hari ini aku cuba untuk update blog aku. Aku ada banyak cerita yang hendak aku tulis dalam blog ni. Antara cerita yang paling aku tak sabar nak tulis ialah perjalanan aku ke Bandung, Indonesia beberapa hari yang lepas dengan kawan-kawan satu jabatan yang aku sayangi..
          Sebuah perjalanan yang ingin aku jadikan ia sebagai travelog kenangan abadi. Banyak pengalaman dan pengajaran yang aku dapat di sebalik perjalanan itu..
          Tunggu… J