Pages

Tuesday 18 August 2015

#TERKADANG


Terkadang ia membuat kita terfikir apakah kita ini penting atau tidak dalam diri seseorang itu? Terkadang ia juga membuat kita tertanya-tanya siapakah diri kita pada dia? Aku yakin dan percaya kita semua pernah rasa bagaimana rasanya bila orang yang kita kenal rapat sebelum ini kini berdiam sepi seolah-olah tidak kenal diri kita lagi.
Wednesday 14 January 2015

#Baru Nak "UP"


Hari ini aku berdiri tepi tangga pejabat.
memasang telinga dan hanya tersengih sendirian,
melihat dia bergaduh dengan seseorang dalam telefon.
aku fikir mungkin sepasang kekasih atau mungkin jugak seorang kawan,
atau mungkin lawan.
aku cuma agak sahaja.
mungkin ya mungkin tidak.
aku seperti melihat diri aku—
yang telah lama hilang dari zaman itu.


Budak-budak lagi aku kata dalam hati...

dia.
baru nak kenal dunia,
baru nak kenal siapa di sana dan siapa di sini,
baru nak fun sana sini,
baru nak masuk frasa ‘remaja’,
orang kampung aku kata baru nak ‘up’.

seolah-olah memandang cermin,

sama persis seperti aku dulu,
tidak apa yg perlu dikesalkan wahai budak,
semua dah terjadi,
life must go on,
dan aku harap,
dia bisa melalui semua ini.