Pages

Thursday 28 March 2013

Sehari Di Kemaman

Walaupun hanya pergi kemaman sebab mahu mesyuarat dengan penduduk kampung untuk program aku nanti, aku dah berasa seronok berada disini sebab aku boleh makan keropok dan sata banyak-banyak... ni belum program sebenar lagi.... mahu aku berborong keropok lekor dengan keropok losong...



















Saturday 16 March 2013

Sehari Pelbagai Situasi


Alhamdulillah, dapat juga aku meng’update’ blog aku yang sudah sekian lama menyepi tidak berpenghuni, penuh bersawang terus bersendiri. Maklumlah sibuk belajar di semester terakhir pengajian aku ini. Kata mak, “busy tak henti-henti”…

Hari ini masih berkesempatan menulis isi-isi hari perjalanan ini. Pernahkah kita mengalami pelbagai situasi dalam satu hari dalam kehidupan kita sehari-hari? Baik siang atau malam hari? Mesti pernah kan.

Untuk entri kali ini, aku cuma nak berkongsi tentang apa yang aku alami, cerita hari sebelum hari ini. Tentang suasana kehidupan yang bakal-bakal kita semua lalui di kemudian hari. Siapa tahu nanti. keadaan yang tidak kita kerjangka-jangka akan terjadi, walaupun bukan pada diri sendiri, mungkin pada mereka yang ada di sekeliling.

Aku mulakan dengan urutan situasi yang aku alami dan lihat sendiri dengan mata kepala anugerah Allah ini sewaktu jalan-jalan kat Jalan TAR. Gambar-gambar di bawah ini adalah realiti untuk ditatapi. Mudah-mudahan kita semua dapat berfikir akan situasi-situasi ini. 

#1 kasih seorang ayah kepada anaknya walaupun susah.


#2 Jalanan tempat mencari rezeki


#3 kisah kekeluargaan yang menyayatkan hati. Percintaan yang terhalang


#4 Nostalgia kampung di tengah Bandaraya