Pages

Monday 15 October 2012

Sifat Pemurah Dalam Diri




Masih aku ingat isi kandungan usrah yang aku hadiri 4 hari lepas. Usrah yang menjadi rutin bulanan yang dianjurkan oleh kelab jabatan aku khas untuk exco-exco. Usrah yang menjadi platform bagi penyucian dan pengisian rohani bagi orang-orang seperti aku. PEMURAH itulah tajuk yang menjadi pilihan Dr Adib, penasihat dan pensyarah di jabatan aku.

            Pemurah, suatu sifat yang perlu ada dalam diri seseorang. Tidak kira siapa. Wajib dimiliki oleh semua yang bergelar manusia, insan yang mulia di sisi-NYA. Menjadi seorang pemurah, pemberi dan tidak kedekut adalah sifat yang amat terpuji. 

            Sifat pemurah yang ada dalam diri ini juga melambangkan diri dan siapa kita. Jika kita selalu memberi, maka Allah akan selalu memberi kepada kita. Andainya kita kedekut dan bersifat bakhil, maka bukan sahaja rahmat-NYA tiada bahkan ramai yang akan lari daripada kita.

            Aku ini bukanlah seperti mereka yang selalu menderma di luar sana, Namun cukuplah sedikit aku memberi daripada menjadi seorang yang berkira. Sekurang-kurangnya aku menambah pahala daripada aku menambah dosa. Elok aku memberi daripada berlagak sahaja. Harta itu tidak kemana kalau ia tidak dibelanja pada jalan Yang Maha Esa. Kelak bila mati ia akan dibiarkan sahaja kepada mereka yang ada di dunia tidak boleh diusung sekali dalam keranda.

            Ada suatu cerita mengenai seorang lelaki yang mempunyai penyakit hati. Hati yang dimaksudkan ini bukanlah sifat hati, tetapi fizikal hati yang hakiki yang menghidapi penyakit. Disebabkan penyakitnya itu, maka dia perlu menjalani pembedahan. Ditakdirkan pada suatu hari, ketika sedang menunggu giliran untuk menjalani pemeriksaan di sebuah hospital di luar negara, sedang asyik melihat keluar jendela, matanya terpandang seorang tua yang sedang memungut cebisan-cebisan daging yang jatuh di jalanan berhampiran hospital.  Lelaki ini tanpa menunggu lama, dia turun menemui mak cik tua itu dan bertanya,

“kenapa mak cik memungut daging itu?”

Mak cik tua itu menjawab,

“inilah peluang untuk kami memakan daging.”

Akhirnya beliau membawa makcik itu ke kedai daging dan memberitahu kepada penjual daging itu bahawa dia akan membayar kos daging kepada mak cik tua tua itu seminggu sekali selama setahun. Selepas itu mak cik tua itu berdoa kepada Yang Maha Esa semoga lelaki itu sihat dan disembuhkan dari segala penyakit dan sebagainya sedangkan mak cik itu tidak tahu bahawa pada hakikatnya lelaki itu memang mempunyai penyakit yang merbahaya. Selepas memberi daging kepada mak cik tua itu, kesihatan beliau sudah tidak terganggu, sehingga beliau menjalani pemeriksaan susulan dan didapati bahawa hatinya telah pulih sepenuhnya.

            Cerita itu adalah sebahagian daripada balasan yang Allah berikan kepada insan yang permurah seperti dia. Jika kita juga mempunyai sifat pemurah , yakin dan percayalah bahawa nikmat dan rahmat Allah akan datang kepda kita tanpa kita duga mahupun teka.

            Berilah sekdar yang mampu, Cuma jangan biarkan diri kita diampu oleh si pengampu dan penipu.

#sekadar berkongsi ilmu apa yang aku tahu.

Thursday 11 October 2012

Jar Of Hearts



Lagu ini sahabat baik aku suka dengar, mula-mula aku dengar macam tak best pun. Tapi bila lama-lama dan selalu aku dengar, aku jadi suka lagu ni. setiap hari boleh aku katakan aku sentiasa dengar lagu ni. 

Aku ni bukanlah orang yang jenis kaki update lagu ni...tapi lagu ni memang best..

 Jom layan lagu kat bawah ni..Best sangat..hehe..



15 Tips Murah Rezeki



Pagi ini, awal-awal pagi aku dah buka facebook. Maklumlah baru lepas subuh. Nak tidur balik orang tua-tua cakap rezeki susah masuk nanti. Tatkla itu aku teringat apa yang dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar :Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.

Sedang asyik melihat post kawan-kawan pada wall facebook mereka, aku ternampak gambar yang telah dihasilkan oleh seorang hamba Allah ini. Petua mudah, namun susah untuk diamalkan jika tanpa keazaman yang kuat Harap-harap kita boleh beramal sama-sama. InsyaAllah.. 

*sekadar berkongsi ilmu...