Pages

Thursday 27 January 2011

~ Larian Hijau ~

    Alang-alang nak bersenam biar pecah peluh di badan..aik ada ke pepatah melayu macam tu..hahaha
Baru-baru ni, aku dengan kawan-kawan menyertai  satu larian yang dianjurkan oleh Kolej Ibu Zain. Walaupun tak menang….uhhh tapi berat badan turun 10 kilo….tapi memang best..Tengok la gambar-gambar yang aku grab dari kawan-kawan satu university….

 Tengok la padiaq dengan pawi, muka excited nk lari jer…. Tgok kat tangan hilmi tu ada apa???  Hah ada roti. Tu lah roti yang aku dengan peserta-peserta lain dapat untuk buat sarapan sebelum larian bermula.









Masing-masing sibuk melekatkan nombor larian pada baju masing-masing..  terasa macam masuk Ironman la plak..huhu..


lepas habis je wat sedikit regangan dan senaman ringan...ahha..tiba lah masa yang dinanti-nanti kan...
on your mark.....get set....!!!!!










Go……tgok rozaini, lariannya lagak seperti seorang atlit…eh, hilmi dengan azam pun turut kelihatan di situ….cepat-cepat!!!!






walaupun tak menang....tapi kami dapat makan, siap dapat cenderamata lagi...hehehhehe.. penat-penat...


Wednesday 26 January 2011

~Satu Cinta : Star Five~




Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…




Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia


Tuesday 25 January 2011

~Kawan~





        kawan membawa seribu satu erti...x de sape2 kat dunia ni bleh hidup tanpa kawan...korang mesti setujukan?...waktu sekolah adalah time kita ada kawan paling ramai skali...bila ckap tentang sekolah dan kawan-kawan teringat plak kawan yg ada mcm2 perangai...kita bleh tengok kawan2 yang rajin study,nakal, tido dalam kelas,kena denda, ponting kelas, fly sekolah, outing balik lewat, kena demerit dan macam2 lagi...

       Time sekolah, kita dengan kawan2 dpt buat macam2 benda yg best...kita dapat pegi kantin sama2, beratur panjang2, potong barisan, lepak2 sampai x sedar time rehat dah habis...buat rombongan pegi tandas ramai2 bersama...tido kat musolla...pegi DM, mengorat makcik2...ambil makanan lebih...malam2 time nak tido, kita akan share bantal, kadang2 2 selimut...kat hostel 2 ada bilik masing2...tp bilik study adalah bilik paling best...bila dh bangun pagi mulalah kemas bantal,dan selimut...x sempat wak naik bilik loker dalam bilik la jadi keja...hahaha...bersepah...skali kena check...smua buat mka x bersalah...





          kini, semua dah tinggal kenangan terindah...smua dah bawa haluan masing2...ada yang belajar ada yang keje..yang belajar plak ada dalam negara..dan tak kurang yang ke overseas...nanti bla jumpa dah x mcm zman sekolah...kalo jumpa pun tegur2 mcm biasa je..dah x mesra dah...tp kenangan alam sekolah dgn kawan2 kekal dalam hati....bila kenang semula kita pasti tersenyum sendiri....ALAM SEKOLAH ALAM PALING BEST DENGAN KAWAN - KAWAN....






Monday 24 January 2011

~ Kuasa memberi~



Pernahkah korang dengar orang berkata “sesiapa yang memberi lebih cinta maka dialah yang mendapat lebih memberi”? Justeru, kalau kurang memberi maknanya itu petanda “kurangnya cinta”. apabila kurang rasa cinta, tergugatlah persaudaraan dan rengganglah perpaduan.. Errmm aku dapat tahu tentang ni pun daripada Ketua Editor Majalah Solusi, En. Pahrol Mohamad Juai.

            Bila difikir dan direnungi, ada betulnya kata-kata beliau. Kita selalu mengharapkan sesuatu daripada orang lain, tak kiralah pujian, penghargaan, hadiah, perhatian dan sebagainya. Betul tak cakap aku? Namun, pernahkah kalian semua terfikir, tak kiralah sesaat, seminit atau sejenak, apa yang kita dah lakukan atau buat untuk orang lain? Tak banyak pun sedikit..

            Oleh itu, hidup ini akan harmoni hanya apabila kita banyak memberi bukan menerima. Dalam artikel beliau, katanya lagi, hidup ini ramai manusia mementingkan bagaimana untuk mendapat, bukan bagaimana memberi. Mendapat pada sangkaan mereka akan membahagiakan. Maka berlakulah persaingan malah perebutan. Padahal hidup ini bukan untuk bersaing, tetapi saling berkongsi. “we are here to complete not to compete!” –kita hidup di dunia ni bukan untuk bersaing tetapi saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

             Aku ni bukanlah sesiapa pun…nak kata ustaz, berilmu pun sedikit. Jauh sekali mufti, pensyarah pun tidak. Tetapi cukuplah aku mengambil sedikit ilmu orang lain untuk disebarkan. Kan memberi itu lebih mulai dari menerima. Muliakah diriku ini??? Hahaha

            Aku masih lagi teringat waktu sekolah masa aku masuk tingkatan enam kat SMAP Labu. Salah sebuah sekolah berasrama penuh di Negeri Sembilan. Waktu tu aku di tingkatan enam atas. Aku ada kawan namanya Nur. Suatu hari tu, dia bersedih dalam kelas sejarah. Semua orang hairan kenapa Nur ni menangis dalam kelas. Maklum la lelaki, nak tegur perempuan yang sedang bersedih ni jadi serba salah pula. Apa lagi, budak-budak lelaki mula bercakap sesama sendiri. Bila ditanya pada Nur, tak dijawab persoalan itu. Sehingga lah ada budak-budak perempuan yang satu kelas dengan kitorang bagi tahu. Rupa-rupanya, Nur ni sedih sebab ayahnya cedera sewaktu enjin lori kepunyaan ayahnya meletup. Baru la persoalan yang berlegar-legar di kepala ini terjawab.

            Selepas selesai kelas sejarah, aku dengan kawan sekelas, namanya Wan pergi jumpa dengan Nur. Isshh..apasal jadi busy body ni..hahaha.. kononnya nak bertanya khabar si budak Nur ni. Bila jumpa dengan Nur, dia hanya mampu senyum dalam tangisan. Wan, dengan beraninya berkata “jangan la bersedih, inikan dugaan”. Aku hanya mampu menaruh simpati dalam hati tanpa berkata apa-apa. Nur bagi tahu, dia sedih sangat sebab mak dia tak bagi tahu langsung tentang keadaan ayahnya yang kemalangan tu. Sampailah adiknya bagi tahu. Itu pun selepas satu minggu. 

          Nak dijadikan cerita, pada hari yang sama, kebetulan pada hari tu adalah waktu outing untuk pelajar putera. Sewaktu tengah sibuk membeli-belah di Giant kat Terminal One, Seremban, bila aku nampak sahabat aku yang bernama Faris membeli coklat, teringat pula pada budak Nur yang aku ceritakan tadi. Kitorang pun beli satu bar coklat untuk Nur tu. Mungkin dengan memberi coklat dapat menggembirakannya. 

Pada keesokkannya, oleh kerana cuti hujung minggu, kitorang minta tolong dari kawan perempuan satu kelas beri coklat yang dibeli tu pada Nur. Petang itu, sewaktu aku hendak ke kelas mengambil buku latihan aku yang tertinggal bawah meja, aku nampak Nur turun dari asrama dengan wajah tersenyum. Aku rasa sangat gembira. Baru aku tahu, walaupun diberi coklat yang murah, tapi ia memberi sesuatu yang mahaldan bermakna.

           Kini barulah aku tahu, kekayaan sebenar bukanlah kerana banyak “memiliki” tetapi kerana banyak “memberi”. Justeru Allah itulah zat Yang Maha Kaya, kerana Dialah yang paling banyak memberi.
            Betulkan, jika kita banyak memberi kita akan meningkatkan kualiti jiwa. Jika kita banyak meningkatkan kuantiti harta. Kualiti jiwa itu matlamat, kuantiti harta pula adalah alat. Jangan tertukar antara matlamat dan alat..  

            Cuba kalian ingat kembali hari-hari yang berlalu dalam hidup kita. Pada hari yang ceria dan gembira itulah hari yang kita lebih banyak memberi berbanding menerima. Untuk merasa gembira, gembirakanlah orang lain. 

          Sambung cerita aku yang tadi balik, bila si budak Nur ni dah senyum dan ceria macam biasa. Kitorang ni lagi la rasa gembira. Betul cakap orang, senyum tu ada dua. Senyuman pertama adalah senyum kerana mendapt kegembirana. Senyuman kedua pula adalah senyum kerana hendak memberi kegembiraan. Senyuman kedua adalah lebih tinggi nilainya seperti dalam hadis Rasulullah s.a.w.
         
            Sabda Baginda :
“Senyumanmu di hadapan saudaramu adalah satu sedekah”
                                                                        ( riwayat al-Tarmizi )





Sunday 23 January 2011

~Gurauan Buat Rakan Sekelas~

Padan muka kau ain.
   Kepada kau ain yang telah menipu aku sebagai pakwe kau. Woooii ain !!!. berani kau tipu aku ya. Kau tahu tak ??, perbuatan kau tu telah menyakitkan hati ini dan aku sebenarnya bukan nak kutuk kau , tapi dah terpaksa . ha……padan muka kau ain!!!!
   Berani kau tipu aku ain. Kau memang pandai berlakonlah. Dulu kau kata kau cinta kat aku , tapi semenjak kau jumpa balak yang kerja dekat kantin tempat kita belajar tu kau dah semacam dengan aku. Mengapa ain?. Why?. Jawab !!. aku cakap orang putih ni. Jangan kau buat bisu pulak. Bengang ni. Kau pun tahu camna kalau aku marah kan?. Aku marah mesti hijau punya. Kadang-kadang sampai bertukar jadi monster.
   Kau ingat aku percaya?... Dah la, janganlah kau tipu lagi. Sedangkan bangkai gajah orang takleh tutup. Inikan bangkai dinasour. Ooo …kau kata kau tak boleh keluar sebab nak belajar, nak siapkan assignment. Takpe, aku percaya.(mula-mula percaya sebab aku tak tahu). Esoknya aku pun jumpa kau lagi, dan ajak kau keluar makan. Sekali lagi kau tolak sebab kau kena mesyuarat. (sebenarnya kita tinggal di asrama, belajar kat smap) Takpe, aku percaya dengan kau. Yelah orang nak belajar takkan nak kacau pulak. Ye tak?
   Aku pun sementara hari tu rasa ada sesuatu yang tak kena. Mana taknya , dulu senang sangat ajak kau keluar makan , sekarang dah payah pulak. Itu yang pelik tu. Aku pun mulalah pasang spy. Apa yang memeranjatkan aku ialah spy aku melaporkan yang kau ada skandal dengan budak kerja kantin. Cis ! berani kau curang kat aku. Takpe, aku tak kisah. Kau ingat aku kisah ke? Takdelah. Sebenarnya dah lama aku menyampah kat kau yang berperangai cam pisau cukur tu. Mana tahan sara kau sampai aku sendiri kebulur. Kau ingat baguslah dapat balak kerja kantin dan dapat makan pree hari-hari kat kantin. Blahlah kau ! Silap besarlah. Aku lagi hebat sebab dapat awek yang lawa dari kau. Lagi satu janganlah kau terperanjat kalau aku bagi tahu yang awek aku tu kerja dia lagi hebat dari balak kau. Nak tahu dia kerja apa? Haaa.., dia kerja dewan makan tau tak?. Kantin dengan dewan makan yang mana lebih besar? Tentu dewan makan kan? Kau ingat kau dapat makan pree. Aku pun dapat la.
   Malaslah cerita lama-lama sebab masa makan dah tiba, karang miss pulak makan aku. Okeylah unuk menghabiskan kata, aku ucapkan bergaduhlah kau dengan pakwe kau dan doalah kat aku supaya kekal dengan awek tu. Sekian dari bekas pakwe kau yang lurus bendul dalam percintaan. 
Babai !!!
Yang benar
ashraf

#petunjuk : pakwe ain= rudy kantin
                      :makwe aku=mak ngah, cik sarah n mak cik cantik

Yakinkan Dirimu

Ramai orang akan berasa takut apabila diminta untuk memberikan ucapan di khayalak ramai. Kadangkala mereka sanggup dipotong markah, buat kerja-kerja teknikal, kerja dibelakang tabir atau apa jasa tugasan asalkan tidak berada di atas pentas memberi ucapan. Adakah perkara ini suatu yang pelik atau masalah unik ? Tidak,!! gementar adalah perkara biasa bagi manusia kerana ianya sifat semulajadi yang sudah ada sejak azali. Gerun kepada balasan azab, takut kepada Pencipta, takut kepada Fitnah, Gementar dengan ancaman dan sebagainya. Ini sifat azali manusia. Namun, kenapa wujud manusia yang hebat di pentas tanpa ada rasa gugup ? Rahsianya ialah sejauhmana anda mengurus gementar atau ketakutan tersebut.


1. Kenapa anda gementar?. Rasa gementar hadir kerana anda ingin lakukan yang terbaik, tidak mahu dimalukan dihadapan khayalak dan mahukan “survive”. Takut kerana dihadapan anda ada tokoh-tokoh hebat. Sebenarnya rasa takut ini juga adalah satu kekuatan bukan kelemahan. Apabila anda bimbang menanti hari anda berucap maka persiapan secara terperinci dilakukan untuk memastikan ada tidak gagal. Jika anda tidak takut, mungkin persiapan anda biasa-biasa sahaja.


2. Kenali anggota gementar anda. Selalunya gementar akan dizahirkan melalui anggota badan anda sama ada tangan, lutut, kaki, pipi, muka, bibir dan sebagainya. Kenal pasti terlebih dahulu dan cuba kawal melalui latihan berterusan. Sebagai contoh, Jika tangan gemenar, elakkan memegang material seperti pen, kertas. Jika kaki, berucaplah dibelakang rostrum.


3. Jangan Hafal Membabi Buta. Bahaya !! jika anda bergantung sepenuhnya kepada hafalan bimbang anda mudah “blank” atau “panic” jika terlupa satu perkataan. Ini disebabkan focus anda kepada hafalan dan bukan kepada audience. Sebaiknya anda membawa teks atau susun isi-isi penting sahaja.


4. Berucaplah dengan selesa. Kadangkala penyebab kenapa gementar ialah anda sibuk untuk mencari perkataan bombastik untuk dimuatkan dalam ucapan. Anda tidak perlu begitu, berucaplah dengan ayat yang anda biasa gunakan dan selesa. Sebaiknya anda hafal ayat permulaan ucapan. Selalunya gementar ini bermula di awal ucapan. Setelah keyakinan terbit di awal ucapan. InsyaAllah momentum keyakinan itu akan berterusan.


5. Abaikan yang mencabar dan tumpukan pada yang membantu. Dihadapan anda ada bermacam-macam jenis audience. Ada yang saja-saja nak”test” penceramah dan ada juga yang senyum mengangguk tanda mengiakan ucapan. Jadi, alihkan mata anda kepada mereka yang membantu kerana ia akan menaikkan semangat anda. Abaikan mereka yang mencabar, mereka sekadar ingin “mengacau” anda sahaja.


6. Gementar tidak boleh hilang dalam masa sehari. Saya pasti ramai dari penceramah terkenal juga merasai gementar pada awal penglibatan mereka. Jadi, berlatihlah dan kutiplah pengalaman dari mereka yang berpengalaman. Gementar akan hilang sikit demi sedikit namun memerlukan pengorbanan masa.