Pages

Sunday 25 November 2012

Hijrah Bukan Hanya Semperna Maal Hijrah Sahaja




Walaupun Tahun baru hijrah sudah berlalu beberapa minggu yang lau, aku baru nak cerita pasal hijrah. Bukan apa, aku ternampak poster yang aku buat semperna maal hijrah hari itu. Aku harap apa yang diazamkan semperna maal hijrah tidak terus padam.

SETIAP hari dan waktu umur kita semakin meningkat sama ada memasuki tahun baru atau tidak. Apabila hayat bertambah singkat, ajal semakin dekat. Bak kata pepatah melayu, “rumah kata pergi, kubur kata mari”. Oleh hal yang demikian, kita diseru untuk berazam ke arah yang lebih baik, sama ada menjelang atau sebelum tahun baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang Muslim. 

Masa akan terus berlalu tanpa menunggu kita. Berlalu tanpa mengira siapa kita. Kebaikan jangan ditangguh, keburukan pula jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah fenomena hidup kita seharian. Hijrah tidak perlu tunggu maal hijrah sahaja. Berhijrah daripada sesuatu keburukan kepada kebaikan adalah dituntut setiap masa.

No comments:

Post a Comment