Pages

Monday 16 January 2012

Cari Sponsor...


14 Januari 2012 yang lepas adalah suatu pengalaman yang mengajar aku erti kesusahan bagaimana hendak mencari sponsor untuk buat penyelidikan berkaitan Syariah dan Undang-Undang dengan salah sebuah universiti di Indonesia. Al-maklumlah aku ni tak pernah merasa bagaimana perasaan seorang pekerja. Eh.. apa kaitan sponsor dengan orang bekerja?

            Apa yang aku cuba sampaikan bagaimana kita bekerja untuk mencari sponsor seumpama kita hendak meminta kerja. Kita berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain, dari satu syarikat ke syarikat yang lain, dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain. Berpakaian kemas dan segak bergaya. Siap bawa kertas kerja, surat sokongan dan segala berkaitan seumpama kita membawa resume untuk mencari kerja. Am I right?.

            Cari sponsor bukan kerja mudah. Aku mengambil pelbagai iktibar daripada perkara ini. Misalnya dahulu kita selalu memandang rendah pada pekerjaan jurujual, orang yang meminta derma, dan paling teruk kita menganggap peminta sedekah adalah rendah martabatnya. Tetapi apabila kita berada di dalam salah satu situasi ini, hanya yang pernah merasainya dapat menggambarkan betapa susahnya untuk mendapatkan walau RM 1.00. Kadang-kadang, sebelum dapat seringgit tu, silap-silap kau kena “brain wash” dulu.

            Selain itu, aku menghargai pengorbanan kawan-kawan dalam group aku dan dari group yang lain. Kenapa aku cakap macam ni?? Aku cakap macam ni kerana bila mana kita tidak dapat menjawab persoalan yang ditujah umpama peluru M16 yang menembak kita, mereka menjadi baju kalis peluru kepada kita. Walaupun timbul sifat malu, rendah diri, dihina, tetapi semua itu seumpama perkara picisan yang singgah di bahu kita. Aku yang panas baran ni, dapat belajar mengawal marah sehinggakan aku tak ada rasa nak marah walaupun kadang-kadang orang yang nak bagi sumbangan tu pot pet pot pet dengan suara yang tinggi seumpama diri ini ibarat seorang pengemis jalanan. Terima kasih pada kawan-kawan group aku iaitu Nur Izzati dan Nurul Aqidah and group-group yang lain.

            Alhamdulillah, dari pukul 11.30 pagi sehingga 3.00 petang menempuh dugaan mengumpul sumbangan di sekitar PKNS Bangi dan Warta, jumlah terkumpul adalah sebanyak RM800 lebih. Lepas ni kena usaha lagi untuk dapatkan wang sejumlah RM 71 ribu. Ada sapa-sapa nak bagi sumbangan?? Heehe..


No comments:

Post a Comment