Pages

Tuesday 10 January 2012

Telefon Buruk


Jan jalan-jalan, jalan jumpa jali, jumpa dekat jeli, jali jangan joli, jan beli jeli.

Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku tulis ayat di atas kan? Ayat di atas mengingatkan aku satu permainan yang aku masa aku kecil dahulu, iaitu “telefon buruk”. Korang semua  dulu mesti pernah main permainan 'telefon buruk', kan?

            Bila bercakap tentang permainan ini teringat aku pada peristiwa yang berlaku pada 9 Januari 2012, satu tarikh yang agak suram buat aku. Peristiwa yang menyebabkan aku hilang selera untuk menjamah makanan yang dibeli dari kafe, hilang mood nak study sedangkan esok tu aku exam kot… Ah…mengeluh diri ini, mengharap rahmat dari Tuhan semesta Alam yang mengetahui diri dan hati ini.
  
            Tapi apa yang aku nak cerita di sini bukanlah mengenai perbualan dalam telefon tu. Tetapi iktibar yang aku dapat daripada  perbualan telefon itu. Tentang sejauh mana kesahihan dan kebenaran fakta yang disampaikan kepada orang lain.

            Cuba anda bayangkan, sesuatu percakapan dan cerita yang asalnya indah dan baik, namun akhirnya menjadi suatu perkara yang menyakitkan hati. Mesti kita sakit kati kan?

            Begitulah hakikat apabila sesuatu cerita itu tidak didengari daripada orang yang asal-asal mengucapkan cerita itu. Apabila ucapan cerita itu dibawa dari satu mulut ke mulut akhirnya ia menjadi satu cerita yang mungkin di tokok tambah atau dikurangkan atau dimanipulasikan.

Dalam sesetengah keadaan lain, percakapan itu bukan ditokok tambah, dikurang atau dimanipulasi. Tetapi gaya penyampaian kita tidak kena pada gaya dan jalan cerita yang cuba di sampaikan. Contohnya, anda ingin memberitahu kawan anda di hadapannya ada babi. Anda boleh katakan “ ali, babi..” tetapi mungkin gaya atau tafsiran orang yang mendengarnya berbeza. Mungkin saya menyangkakan percakapan itu mengatakan “ali babi”. Jadi ia boleh menimbulkan salah faham atau dikenali sebagai “miscommunication”.

            Sebab itulah permainan telefon buruk ini diwujudkan. Tahniah kepada orang yang mencipta permainan ini. Suatu permainan yang memberi pelbagai pengajaran. Moral of the story daripada permainan ini ialah jangan bawa mulut, jangan percaya 100 % cerita yang dibawa dari mulut ke mulut.

            Dalam entri ini aku tidak menyalahkan kepada sesiapa. Cuma sebagai iktibar kepada diri kita selaku orang yang menyampaikan serta orang yang menerima agar kita tidak cepat menerima atau terpengaruh dengan apa yang disampaikan kerana boleh jadi benar, mungkin separa benar atau mungkin boleh jadi tidak benar langsung. Maka mudah-mudahan diri kita mengambil iktibar ini.

             Allah s.w.t. berfirman dalam al-Quran (al-Hujurat: 6) yang bermaksud
“sekiranya datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, hendaklah kamu memastikan kebenarannya”



            

No comments:

Post a Comment