Pages

Tuesday 17 January 2012

Ada Apa Pada Gelaran ?


            Malam minggu semalam aku dan atuk makan besar kerana ada kawan atuk belanja makan sebab dia baru dapat Anugerah Kebesaran dari Sultan sebuah negeri, yang membawa gelaran Dato’.

            “Tahniah Ali!.. wah mulai dari sekarang aku dah tak boleh nak panggil kau Ali sajer... kenalah panggil Dato’ pulak!..” atuk mengusik kawannya yang sudah pun macam adik beradik dengan kami.

            “Hah!.. kau jangan nak mengada ! Macamlah kita baru berkawan dua tiga hari!..” Dato’ Ali mendengus seolah-olah tidak setuju dengan saranan atuk.

            ”Hei!.. kenalah panggil Dato’... kalau tidak, marah pulak Sultan nanti kerana dah berbesar hati beri pada Ali anugerah tu!.. Along tak mahu Sultan murka kat kami sebab tak panggil uncle & auntie dengan gelaran Dato’ n Datin !..” aku pula menyampuk.

            ”Alaah... Long!.. apa ada pada Gelaran!.. Uncle dapat Anugerah tu pun sebab dia Pegawai Tinggi Kerajaan yang telah lama berkhidmat, kalau tidak memang tak baulah nak dapat anugerah tu!..” ujar isteri Dato’ Ali yang memang selalu suka low profile.

Selepas peristiwa itu, aku pun berfikir sejenak akan kata-kata Dato’ Ali tu.. mana tidaknya, kata-katanya membuatkan aku merenung kembali ada apa pada gelaran. Adalah gelaran menggambarkan diri kita berada di atas dan lebih hebat daripada orang lain?? Ermm..timbul pelbagai persoalan.

            Mungkin pada individu tertentu gelaran adalah sesuatu yang penting setaraf dengan usaha mereka selama ini. Mungkin juga ada yang bersifat humble dengan gelarannya. Aku tak maksudkan gelaran ini hanya kepada Dato’, dan Tan Sri sahaja. Tetapi juga kepada mereka yang bergelar Cikgu, Ustazah, Tuan, Prof dan juga pada Imam tak kira la Imam Tua mahu pun Imam Muda. Masing-masing dengan gelaran masing-masing.


            Apa yang aku nampak bukan masalah gelaran itu. Tetapi masalah sikap mereka selepas mereka mendapat gelaran. Dalam sesetengah keadaan, sebelum individu itu menerima gelaran yang dihormati, sikap dan perwatakan beliau yang kita kenal adalah baik, berbudi bahasa dan tidak suka berlagak sombong. Namun apabila sesudah menerima gelaran, mereka seolah-olah lupa asal usul mereka sehinggakan ada sesetengahnya bersikap ego, sombong, tidak mahu mendengar nasihat dan kritikan malahan ada yang buruk percakapannya sehingga sanggup mengungkapkan perkataan kesat seperti sial dan sebagainya. Sedih melihat situasi ini. Ada juga individu yang menerima gelaran yang masih baik budi dan kekal macam seperti sedia kala. Itu aku tabik..

            Tidak kurang juga ada yang sanggup membezakan darjat dan kekayaan. Sehingga orang di sekeliling merasa rendah diri dan terhina. Sepatutnya gelaran yang mereka dapat itu tidak disalahgunakan sebagai alasan untuk mereka menganggap orang lain adalah tidak setaraf dengan mereka. Sedangkan Allah tidak pernah membezakan setiap hamba-Nya melainkan takwa. Namun itulah realiti dunia apabila anda menerima gelaran. Ada yang berubah ada yang tidak.
             

             

No comments:

Post a Comment