Pages

Saturday 12 February 2011

~Rahsia disebalik pergerakan seorang lelaki?~



Adoiyy..hari ni aku jumper sorang perempuan ni, budak satu kolej kediaman dengan aku. Aku nak cepat ade sebab ade kerje lain. Sewaktu aku lalu tepi dia, dia cakap

“ oit, sombong kau dengan aku semenjak dua menjak ni”..

Aku tak pun tak mahu lama2 sembang dengan dia…jadi aku sekadar sambil berdiri dengan dia…

“Mana ada la. Aku ada banyak keje nak disiapkan ni. Bukan nyer sombong ( sambil ketawa)” jawab aku..

Dia cakap, “apasal kau tak duduk sembang dengan kitorang? Dah tak sudi ker? Kau tahu lelaki yang sembang berdiri depan perempuan ni petanda dirinya sombong…”

Erk..boleh pula dia cakap macam tuh…padahal aku nak cepat. Last2 aku tanya dia
“mana kau dapat fakta kajian ni?”

“kau cari la” selamba dia jawab….

Tanpa tunggu lama dan bercakap banyak aku terus berlalu pergi meninggalkan perempuan itu dengan kawan2 dia. Dalam hati ni masih mencari seribu satu jawapan tentang cakap kawan aku tu tentang pergerakan lelaki terhadap perempua. Ada ke kajian macam tu….?

Maka selepas selesai je kerja aku, terus aku buka laptop dan cari rahsia pergerakan lelaki…ahha..dapat pun jawapan dia.

Ni aku kongsikan sedikit tips pada kawan-kawan yang sama jenis, jantina dengan aku. Mana la tahu kalau korang jumpa perempuan macam kawan aku ni. Sekurang-kurangnya korang da bersedia. Tambahan lagi kalau masa nak keluar jumpa teman istimewa.hahaha.

Dibawah ni aku ada senaraikan penilaian perempuan terhadap pergerakan kaum lelaki.

Mengganggukkan kepala
Apabila seorang perempuan berbual dengan seorang lelaki dan lelaki itu menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri perempuan itu. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.

Mendekatkan badan
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri perempuan bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

Merenung

Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang perempuan itu boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

Menggerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.



Suka berdiri
Apabila bercakap, si perempuan duduk dan lelaki berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.

Memandang mata
Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.

Sensitif pada jarak
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.

Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.


Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan..


No comments:

Post a Comment