Pages

Tuesday 4 August 2020

HARI NI ENTRI HARI JADI TIGA SERIES

Alhamdulillah.

Syukur Alhamdulillah.

Tiga series sudah umur aku.

Kesyukuran aku panjatkan kepada Allah s.w.t


Tahun ni aku tak sibuk tengok notifikasi Facebook di telefon sebab dah lama aku tutup media sosial tu.


Tahun-tahun sebelum ni bila tiba hari jadi setiap masa nak aje tengok sapa yang ucap hari jadi. Lagi ramai orang ucap lagi bangga hang rasa.


Tahun 2020 ni, genap tiga puluh tahun.


Aku rasa banyak benda yang aku perlu fokus dalam hidup. Banyak tanggungjawab yang kena aku kena laksana dan tunaikan. Perubahan itu paling penting bila dah masuk tiga series ni. Aku rasa macam tu.


Perubahan untuk jadi lebih baik terhadap Tuhan Yang Esa, untuk keluarga, untuk diri sendiri dan sekeliling.


Tahun 2020 ni tahun yang mencabar buat semua orang. Aku doakan semoga kita semua berada dalam lindungan Allah Taala. 


Hari ke empat di bulan Ogos ni, awal pagi pukul 6.12 aku dapat ucapan hari lahir dari bekas housemate masa aku kerja kat Klang dulu. Ingat dia dekat aku walaupun lama tak bersua.


Aku harap segala ucapan sempena ulangtahun kelahiran aku ni dimakbulkan Allah taala. Terima kasih pada teman yang suka ucap ulangtahun pada aku.


Moga hari-hari mendatang lebih baik untuk aku dan kalian semua.


No comments:

Post a Comment