Pages

Saturday 16 June 2012

Pemimpin Yang Hina...

Aku jadi NYDP persatuan? Berat sungguh jawatan itu. Hati berat untuk menerima kerana menjadi seorang pemimpin bukanlah bererti hidup kita sentiasa dihormati. Tatkala hidup kita juga pasti akan dikeji. Andai ada benda yang kita tidak tepati.

Apabila kita menjadi seorang pemimpin, maka jadilah pemimpin yang bukan sahaja dihormati oleh mereka yang berada di bawah pimpinan kita, tetapi menjadi seorang pemimpin yang dikasihi oleh Allah S.w.t. Yang Maha Esa.

Menjadi pemimpin bukan sahaja diberi amanah, tetapi kita juga memikul amanah. Bukan sahaja amanah daripada manusia, tetapi amanah daripada sang Pencipta.

Apabila kita tidak melaksanakan perintah dan amanah sang pencipta, maka sudah pasti dan nescayalah kita akan turut di pandang hina di mata manusia.

Wallahua’lam.


No comments:

Post a Comment