Kompang sudah dipalu menantikan hari tibanya
PRU 13 yang akan menjelang tidak lama lagi. Hari ini adalah hari penamaan
calon.
Kesemua 222 pusat penamaan calon di seluruh
negara bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan dibuka mulai 9 pagi ini
selama sejam sebelum ditutup pada pukul 10 pagi.
Proses penamaan calon bermula dengan calon
menyerahkan kertas pencalonan masing-masing untuk merebut 222 kerusi Parlimen
dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-13, 5 Mei ini.
Pegawai pengurus pilihan raya kemudiannya
akan menyemak setiap kertas penamaan yang diterima dan akan mengisytiharkan
calon-calon yang layak bertanding sebaik semua urusan semakan selesai.
Untuk PRU-13, buat pertama kalinya aku akan mengundi, dan buat pertama kalinya tidak ada
lagi tempoh bantahan selama sejam serta penarikan balik pencalonan, sesuai dengan
peraturan 9, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981
(Pindaan)(No.2) 2012 yang berkuat kuasa 27 April 2012.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah
menetapkan 5 Mei sebagai tarikh pengundian, dengan calon mempunyai tempoh 15
hari untuk berkempen, bermula selepas proses penamaan calon.
#Kepada semua calon selamat berjaya.
#SPR berlaku sila berlaku adil dan telus.
#kepada semua pengundi,
undilah dengan bijaksana, pilihanraya berbahaya, salah pangkah buruk padahnya
*Ini kalilah...
No comments:
Post a Comment