Kurang seminggu sahaja lagi sebelum tibanya hari yang
dinanti-nantikan oleh seluruh penduduk Malaysia iaitu Pilihanraya Umum ke-13. Setiap
calon sibuk berkempen parti masing-masing bagi meraih undi, dengan manifesto
dan janji masing-masing.
Tidak
kurang sibuknya, para penyokong di luar mahupun di alam siber ini yang sibuk
berkongsi maklumat berkaitan pilihanraya terutamanya dalam blog, laman social dan
sebagainya. Aku kira penyokong-penyokong parti politik bertanding sama sibuk
dengan calon yang bertanding. Hahaha.
Aku
pun begitu, sebagai pengundi buat pertama kalinya merasa sangat teruja untuk
mengundi dalam PRU13 ini. Sebelum ini hanya mengundi dalam universiti, kini
menghitung hari untuk mengundi di tahap yang lebih tinggi.
Baru-baru
ini, aku terima 1 pertanyaan daripada seorang kawan, “kenapa kau asyik like dan
share pasal politik dekat wall FB kau? Kau tak takut kawan-kawan FB yang bukan
sealiran parti politik yang dengan kau nampak?”… Ada juga kawan yang asyik
merungut tatkala online FB sahaja terus nampak cerita, isu dan troll tentang
politik. Menyampah! Ujarnya.
Ini jawapan aku pada kamu wahai kawan-kawan aku kenapa
aku kongsi maklumat dan cerita politik
dalam FB aku:
1. Tidak kira apa pun warna perjuangan politik kita,
sekurang-kurangnya aku telah cuba menunjukkan tanda sokongan aku pada parti
itu, walaupun aku jarang turun padang bersorak, bertempit, pasang bendera dan
dengar ceramah kerana sibuk dengan pelajaran sebagai pelajar tahun akhir. Itu sahaja dahulu buat sementara waktu, nanti aku balik kampung aku berkempen la..
2. Kenapa mesti takut pada kawan-kawan pada FB itu? Biarlah
kita bersahabat kerana Allah. Politik itu luas. Politik bukan hanya sekadar parti. Kita
berkawan dan berurusan dengan orang sekeliling juga dikira berpolitik. Cuba kamu
amati baik-baik, ahli-ahli parlimen mahupun dun yang ada di Malaysia bahkan di
United Kingdom, dalam dewan mereka berdebat seolah-olah bergaduh dan mahu
bertumbuk, tetapi di luar kadang-kadang nampak mereka bergaul mesra dan makan
semeja. Itulah dunia politik. Macam itu lah dalam FB, walaupun masing-masing
mempunyai perjuangan masing-masing, di luar tetap berkawan macam biasa. Lainlah
kalau ada yang terasa.
3. Apa yang aku share dan like kat FB itu
sekurang-kurangnya aku bangga kerana ada sedikit sumbangan aku walaupun tak
banyak pada parti. Kalau apa yang kita kongsi dan sebarkan itu membawa kemenangan pada parti kita
Alhamdulillah. Kalau parti kita kalah, sekurang-kurangnya aku tidak rasa
bersalah sebab aku dah sedaya upaya untuk berkongsi dan sebarkan apa yang ada. Tidaklah
nanti aku menyalahkan sesiapa.
Itu sahaja jawapan tidak seberapa dari aku buat kamu
wahai kawanku. Semoga kali ini kau mampu memilih yang mana satu parti idaman
kalbu agar kau tidak menyesal ke anak cucu…Pakai otak bukan pakai nafsu.
*Tak sabar mahu balik ke kampung untuk tunaikan kewajipan yang diberi..