Tatkala aku
sedang duduk sendirian melihat gambar-gambar yang aku ambil ketika bersama
kawan-kawan di The Mines Serdang, fikiran aku melayang memikirkan suasana yang
aku alami ketika hendak menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim di situ. Keadaan
di mana umat islam yang berada di situ berpusu-pusu menuju ke surau yang
disediakan untuk menunaikan solat maghrib. Aku dan kawan-kawan juga turut
bergegas ke surau agar tidak lewat menunaikan kewajipan dengan beranggapan
bahawa dapat berjemaah beramai-ramai. Aku juga beranggapan bahawa surau yang
disediakan juga luas yang membolehkan orang ramai sembahyang beramai-ramai. Namun,
apa yang aku fikirkan semua itu meleset.
Keadaan laluan menuju ke surau sempit. Aduh, macam
mana nak lalu? Fikir aku sendirian. Laluan yang kecil untuk menuju ke tandas
dan surau. Satu laluan untuk dua jantina. Ketika lalu menuju ke surau lelaki
yang berada di belakang, terpaksa melalui surau perempuan yang berada di hadapan.
Laluan menjadi sukar apabila wanita-wanita beratur menunggu giliran mereka
untuk sembahyang. Ini telah menyebabkan aku dan lelaki-lelaki yang ingin
sembahyang terpaksa berhimpit-himpit dengan wanita yang sedang beratur tunggu
di laluan itu.
Sampai sahaja di surau, masalah yang timbul pula
ialah, ruang untuk sembahyang penuh sehingga menyebabkan keadaan menjadi sesak
akibat masing-masing berebut untuk masuk ke dalam bagi menyempurnakan kewajipan
kerana waktu isyak semakain hampir. seorang lelaki arab menegur aku dan
kawan-kawan sambil megajak kami sembahyang di lantai bahagian luar surau. Kami terus bersetuju tanpa bercakap
banyak. Kami mengambil wuduk di tandas dan terpaksa berhati-hati ketika menuju
ke surau agar wuduk tidak terbatal kerana terpaksa lalu berhampiran surau
wanita.
Seusai iqamah, sembahyang kami diimankan lelaki arab
itu.
Antara suci atau bersih
Selesai sembahyang,
aku memandang ke belakang, rupa-rupanya ada juga yang sembahyang berjemaah
bersama kami, Namun begitu tidak kurang yang pandang pelik terhadapa kami
dengan pandangan seolah-olah kami sembahyang di tempat yang kotor. Adakah kerana
mereka lebih rela menunggu giliran mereka sehingga habis waktu solat maghrib
asalkan dapat sembahyang di tempat yang bersih, berhawa dingin dan mempunyai
sejadah yang lembut tatkala sujud? Yang mana lebih wajib? Sembahyang di awal
waktu atau di tempat selesa?
Selaku umat islam, kita diajar untuk
membezakan yang mana bersih dan yang mana suci. Dalam islam, hatta debu pasir
sekalipun, kita masih boleh gunakannya sebagai bahan untuk bersuci walaupun ada
yang mengganggap ianya kotor.
Begitulah dengan tempat yang kita
jadikan tempat solat. Tempat yang suci adalah menjadi keutamaan. Lantai yang
dijadikan tempat sembahyang itu tidak ada najis, kotoran, malah ketika aku
sujud, tidak pula berbau najis. Kita haruslah pandai membezakan yang mana
bersih dan yang mana pula suci. Bersih belum tentu suci. Yang suci itu pasti ia
bersih. Wallahu a’lam.
Anda pilih bersih atau suci?? :)
Like! Best nye dpt pglmn sdemikian...islam itu mudah..jgn menyishkan bnde yg mudh...
ReplyDeletetu la.... pengalaman.... islam itu indah.... hehehe :)
ReplyDelete