sekadar gambar hiasan
Tadi masa aku nak
makan tengah hari, kawan aku ni tempah bakso.
Aku pula standard
orang Melayu la, nasi putih dengan lauk
campur.
Sambil menunggu bakso
kawan aku sampai, aku dah mula makan dulu.
Tengah asyik makan,
tiba-tiba aku teringat cakap seorang pensyarah aku pasal bakso.
Dalam kelas tutorial
aku sebelum ni ada seorang pelajar dari Indonesia.
Semasa sesi suai kenal,
pensyarah aku ada bertanya pada dia.
Dekat tempat tinggal
dia memang terkenal dengan bakso ke?
Dia jawab ye…
Pensyarah tu pun
bercerita tentang satu kejadian yang berlaku sewaktu di pergi ke Indonesia.
Dia cakap teringin
makan bakso di Indonesia , waktu dia pergi sana dulu.
Lepas tu dia Nampak satu
kedai jual bakso yang letak sign board besar bertulis BAKSO ASU.
Dia pun ajak kawan
dia pergi sana, sebab nampak meriah kedai tu.
Last-last kawan dia
cakap; pergi la kalau kau sanggup makan situ.
Pensyarah aku pun
jadi hairan, kenapa kawan dia cakap macam itu.
Walhal, kedai itu nampak
bersih dan cantik.
Selepas diterangkan
oleh kawan dia.
Dia batalkan hasrat
nak makan bakso di kedai tu.
Malah batalkan hasrat
untuk makan bakso di Indonesia.
Kamu semua nak tahu
kenapa dia batalkan hasrat dia….
nak tahu tak??
Jeng-jeng-jeng…………
Rupa-rupanya…..
BAKSO ASU tu
maksudnya BAKSO DAGING ANJING….
Erkk………..
Lepas ini,
siapa-siapa yang nak makan bakso tu selidik-selidik dulu ye….
Tak semua kedai jual
bakso asu kat Indonesia tu…
Ada je kedai yang
halal…
So kena pandai-pandai
pilih dan cari….
Sekadar berkongsi
cerita dari aku…………adios J
No comments:
Post a Comment