Kawan, kau mesti rasa gembira dan bahagia bila ada orang yang ambil
berat serta sentiasa mengingati kau setiap masa kan?
Contohnya,
Bila si dia makan, si dia ingat untuk mengajak kau.
Bila si dia ke mana-mana, si dia tidak lupa untuk membelikan kau
cenderamata.
Bila si dia susah, si dia tidak ragu-ragu untuk berkongsi dengan
kau.
Dan bila si dia senang, si dia juga tidak lupa untuk meraikannya
bersama dengan kau.
Namun tidak semua di antara kita ini bertuah. Ada juga yang
bermurung dan merungut kerana terasa diri ini seperti disisihkan dari
orang-orang sekeliling macam “KERA SUMBANG”.
Kawan, bukanlah sesuatu yang sukar untuk mendapatkan perhatian dari
seseorang. Selagi kau jujur, baik dan ikhlas berkawan sudah pastinya kau
dihargai.
Di sini aku cuba kongsi 6 jawapan mengapa kau sering disisihkan. Aku
ini bukanlah seorang motivator ataupun penasihat professional, tapi kalau
sekadar nak berkongsi, aku rasa tidak ada salahnya.
1.
KAU TIDAK JUJUR DALAM BERKAWAN
Mungkin
kau rasakan selama ini kau sudah cukup jujur dan ikhlas, tetapi hakikatnya
tidak sebenarnya. Di depan sahaja kau berlagak seperti kawan yang baik,
sedangkan di belakang kawan-kawan kau sedikit pun kau tidak menghargai mereka. Sekiranya
kau nak orang saying, hargai dan hormati kau sebagai kawan, kau seharusnya
terlebih dahulu menyayangi , menghargai dan menghormati kawan kau.
2.
KAU AGAK KEDEKUT DAN TERLALU SUKAR UNTUK BERKONGSI
Ada sahaja
alas an yang kau bagi apabila kawan-kawan kau ingin meminjam barang ataupun
memohon pertolongan dari kau. Sehingga ada yang beri gelaran pada kau “Haji
Bakhil” atau pun “Tangkai Jering”.
3.
KAU SERING AMBIL KESEMPATAN TERHADAP ORANG LAIN
Contoh
yang aku nak bagi seperti bila kau rasa orang tersebut baik dan mudah untuk
dipergunakan kau akan mengambil kesempatan untuk meminta dia buat itu dan ini
untuk kau. Namun jangan kau sangka air yang tenang tiada buaya. Bila dah lama
dan selalu kau ambil kesempatan. Silap haribulan kau akan terima balasan di
atas apa yang kau dah lakukan.
4.
KAU SEORANG YANG HIPOKRIT
Di depan,
kau tak pernah berkata apa-apa yang buruk tentang kawan baik kau. Tapi di
belakang dia, pantang ada peluang, kau pasti hebahkan cerita kedai kopi yang
penuh sensasi tentang kawan kau tu ke seluruh
pelusuk biar satu dunia tahu.
5.
KAU SERING BERBANGGA DIRI
Mungkin
mungkin kadang-kala kau tidak perasan. Tapi kalau sudah seringkali kau
bersembang-sembang dan berbual di hadapan kawan-kawan kau, kau sering cakap dan
rasa kaulah yang paling cantik, paling kaya, paling handsome, paling meletup
dan sebagainya yang kau boleh bangga. Malah tiada orang sesempurna kau. Apa lagi
kalau semua itu kalau tidak dipanggil membangga diri.
6. KAU TERLALU LANTANG BERSUARA TANPA LANGSUNG MEMIKIRKAN PERASAAN
ORANG YANG MENDENGAR
Mungkin niat
kau hanya mahu berterus terang, tetapi kau harus ingat, bukan semua orang
bersifat terbuka boleh terima apa sahaja yang dilemparkan pada dia. Sebab itu,
orang kata cakap biar berlapik. Biar kena pada tempat, gaya dan masanya.
Itulah 6 perkara
yang kau perlu elakkan serta jauhi agar diri kau tidak disisihkan oleh mereka
yang berada di sekeliling kau yang menyebabkan kau rasa seperti jadi “KERA
SUMBANG”. Sekiranya kau rasa ada semua atau salah satu daripada apa yang aku
sebutkan, cubalah berubah..