Amalan 1.
Selalu Menyempatkan diri beribadah
Allah
tidak akan sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam Hadis
Qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah
untuk menyembah-Ku, maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup
kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu
dengan kesibukan, dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat
Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
Amalan 2.
Memperbanyak istighfar
Istighfar
adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah s.w.t, yang
menjadi sebab Allah merasa kasih dan sayang pada hamba-Nya, lalu Allah
berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba yang meminta itu.
Sabda
Nabi Muhammad s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar,
maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan
segala masalahnya,
dan memberinya rezeki dari arah yang
tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud,
an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah
bin Abbas r.a.)
Amalan 3.
Meninggalkan perbuatan dosa
Istighfar
tidak bernilai malah tidak diterima di sisi Allah jika masih berterusan melakukan
dosa. Dosa bukan saja membuat hati menjadi resah, malah ia juga akan menutup
pintu rezeki.
Sabda
Nabi Muhammad s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan
baginya rezeki karena dosa yang diperbuatnya.”
(Riwayat at-Tirmizi)
Amalan 4.
Sentiasa mengingati Allah s.w.t
Banyak
mengingati Allah membuatkan hati berasa tenang dan kehidupan terasa lapang
serta dipermudah rezeki oleh Allah.
Firman-Nya:
“...(iaitu) orang-orang beriman dan hati
mereka menjadi tenteram dengan mengingat
Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.”
(Al Quran, Surah Ar-Ra’d, Ayat 28)
Amalan 5.
Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam
hadis riwayat dari Imam Ahmad, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan, agar siapa yang
ingin panjang umur dan ditambah rezeki baginya, hendaklah berbakti kepada ibu
bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Nabi
Muhammad s.a.w. juga bersabda:
“Siapa
berbakti kepada ibu bapanya, maka kebahagiaanlah
buatnya,
dan Allah akan memanjangkan umurnya.”
(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan
ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila
hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya,
niscaya terputuslah rezeki (Allah )
daripadanya. “ (Riwayat al-Hakim dan
ad-Dailami)
Amalan 6.
Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat
baik kepada orang yang lemah, termasuk juga menggembirakan dan meraikan orang
tua, orang yang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak
yang masih kecil.
Sabda
Nabi Muhammad s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan
diberi rezeki, melainkan kerana orang-orang
lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
Amalan 7.
Menunaikan hajat orang lain
Menunaikan
hajat atau keinginan orang, menjadi sebab Allah melapangkan rezeki dalam
bentuk tertunainya hajat atau keinginan sendiri, seperti sabda Nabi Muhammad
s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya
maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat
Muslim)
Amalan 8.
Banyak berselawat
Amalan
berselawat dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta
meluaskan rezeki, serta menyebabkan terlaksananya semua hajat.
Daripada
Abdullah bin Amar bin Ash r.a. sesungguhnya ia mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:
“Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku.
Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.”
(Riwayat Muslim)
Amalan 9.
Banyak melakukan amal kebajikan
Melakukan
amal kebajikan dengan hati yang ikhlas akan diberi ganjaran oleh Allah dengan
rezeki yang murah.
Ibnu
Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi
cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad
dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pun boleh
menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki
& makhluk lain mengutuknya.”
Amalan 10.
Berpagi-pagian
Menurut
Nabi Muhammad s.a.w., berpagi-pagian (memulakan aktiviti harian sebaiknya
selesai solat Subuh berjemaah) akan dipermudahkan Allah segala urusan dan
diberkati amalannya.
Amalan 11.
Menjalin hubungan silaturrahim
Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya
dan dilambatkan ajalnya, maka hendaklah dia
menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
Amalan 12.
Melazimi kekal berwuduk
Seorang
Arab badwi menemui Nabi Muhammad s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa
perkara termasuk mahu dimurahkan rezekinya oleh Allah. Lalu Nabi Muhammad
s.a.w. pun bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih
(dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan
rezeki.” (Diriwayatkan dari Sayyidina Khalid al-Walid)
Amalan 13.
Bersedekah
Amalan
bersedekah mengundang rahmat dari Allah dan menjadi penyebab Allah membuka
pintu rezeki seseorang hamba itu.
Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai
Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba
itu ditentang Arasy,
yang
dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.
Maka
siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,
nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan,
nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari
Anas r.a.)
Amalan 14.
Melazimi diri untuk solat malam (Tahajud)
Solat
tahajud memudahkan seseorang manusia untuk memperoleh rezeki. Amalan tahajud
juga menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya
dimakbulkan oleh Allah .
Abu
Hurairah r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tuhan kita Yang Maha Suci dan Maha
Tinggi turun ke langit dunia setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang
akhir dengan berfirman, “Siapa yang mahu berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan?
Siapa yang mahu meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapa yang mahu meminta
ampun kepada-Ku lalu Aku ampunkan?
Amalan 15.
Melazimi Solat Dhuha
Amalan
Solat Dhuha yang dibuat pada waktu orang lain sedang sibuk dengan urusan dunia
(aktiviti harian dan pekerjaan) juga mempunyai rahsia yang tersendiri.
Firman
Allah s.w.t dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam,
jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan
empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti
pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat
al-Hakim dan Thabrani)
Amalan 16.
Bersyukur kepada Allah
Syukur
ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah s.w.t. Lawannya adalah
kufur nikmat.
Allah
s.w.t berfirman:
“Sesungguhnya!
Jika kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu,
dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah
Ibrahim: 7)
Amalan 17.
Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran tertentu
Zikir
dari ayat-ayat Al-Quran atau Asma’ul Husna (99 Nama Allah) selain dapat
menenangkan hati manusia, malah dapat menjernihkan perasaan dan melunakkan
hati. amalan berzikir mengandungi fadilah khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya
pintu hidayah, dimudahkan untuk memahami agama, diberi kemanisan iman, serta
dilapangkan rezeki.
Misalnya,
dua ayat terakhir Surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca
secara rutin tujuh kali selepas solat fardhu, dikatakan boleh
menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah
satu nama Allah ,al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika dibaca selalu; misalnya dibaca“Ya
Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa; “Ya Allah, bukalah
hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan pengampunan-Mu,
ya Fattah ya ‘Alim.”
Ada
juga hadis menyebut, siapa amalkan baca Surah al-Waqi’ah setiap
malam,dia tidak akan ditimpa kefakiran & kemiskinan selagi dia hidup di
dunia ini. Wallahu a’lam.
Amalan 18.
Berdoa
Berdoa
menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, bergantung dan mengharap pada
rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam Al-Quran,Allah suruh kita meminta
kepada-Nya, nescaya Dia akan kabulkan.
Amalan 19.
Berikhtiar sehabisnya
Siapa
yang berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam 1 hadis sahih dikatakan
bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak
dicintai-Nya, tapi nikmat agama Islam hanya Allah beri kepada orang yang
dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi
orang Islam yang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh
membawa kepada murah rezekidalam ruang lingkup yang lebih luas. Misalnya, agar
tenang saat membaca Al-Quran, hendak dapat anak yang baik sehingga dididiknya
sejak anak dalam kandungan,hendak sihat maka dijaganya pemakanannya dan memakan
makanan yang baik dan halal, hendak dapat tetangga yang baik
maka dia sendiri mesti berusaha jadi baik, hendak dapat jodoh yang
baik dia sendiri kena jadi baik terlebih dulu, hendak rezekinya berkat
maka dijauhinya dari sumber yang haram, dan sebagainya.
Amalan 20.
Bertawakkal
Dengan
tawakal, seseorang itu akan dikurniakan rasa kaya dengan Allah .
Firman-Nya:
“Barang
siapa bertawakal kepada Allah , niscaya Allah
mencukupkan (keperluannya) .” (Surah At-Thalaq: 3)