Terkadang ia membuat kita terfikir apakah kita ini penting
atau tidak dalam diri seseorang itu? Terkadang ia juga membuat kita
tertanya-tanya siapakah diri kita pada dia? Aku yakin dan percaya kita semua pernah rasa bagaimana rasanya
bila orang yang kita kenal rapat sebelum ini kini berdiam sepi seolah-olah
tidak kenal diri kita lagi.
Tuesday, 18 August 2015
Wednesday, 14 January 2015
#Baru Nak "UP"
Hari ini aku berdiri tepi tangga pejabat.
memasang telinga dan hanya tersengih sendirian,
melihat dia
bergaduh dengan seseorang dalam telefon.
aku fikir mungkin sepasang
kekasih atau mungkin jugak seorang kawan,
atau mungkin lawan.
aku cuma agak sahaja.
mungkin ya mungkin tidak.
aku seperti melihat diri aku—
yang telah lama
hilang dari zaman itu.
Budak-budak
lagi aku kata dalam hati...
dia.
baru nak kenal
dunia,
baru nak kenal siapa
di sana dan siapa di sini,
baru nak fun sana
sini,
baru nak masuk
frasa ‘remaja’,
orang kampung aku
kata baru nak ‘up’.
seolah-olah
memandang cermin,
sama persis seperti aku dulu,
tidak apa yg perlu
dikesalkan wahai budak,
semua dah terjadi,
life must go on,
dan aku harap,
dia bisa melalui
semua ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)