Malam tadi aku tidur lena,
Pagi tadi aku buka mata,
Aku sedari satu hakikat,
Aku masih di dunia bukan di
syurga,
Maka belum selesai segala
kerja,
Arahan pemerintah alam
semesta.
Hidup sebagai hamba,
Cukup hanya untuk yang Esa,
Kalau aku hidup kerana
mereka manusia,
Buat aku rasa gila,
Tertekan penuh kecewa.
Malam tadi aku tidur lena,
Pagi tadi aku buka mata,
Baru aku sedar aku perlu
cari pahala,
Bukan terus tanam dan
membaja dosa,
Aku juga ingin jadi seperti
mereka,
Orang-orang yang masuk ke
syurga,
Bukan mereka yang tergolong
dalam neraka.
Aku harus sedar aku masih di
dunia bukan di Syurga,
Aku mesti cari
pahala..pahala..pahala…
Buat bekalan di sana.
#salam jumaat semua.