Walaupun hanya pergi kemaman sebab mahu mesyuarat dengan penduduk kampung untuk program aku nanti, aku dah berasa seronok berada disini sebab aku boleh makan keropok dan sata banyak-banyak... ni belum program sebenar lagi.... mahu aku berborong keropok lekor dengan keropok losong...
Thursday, 28 March 2013
Saturday, 16 March 2013
Sehari Pelbagai Situasi
Alhamdulillah, dapat juga aku meng’update’ blog aku yang sudah sekian
lama menyepi tidak berpenghuni, penuh bersawang terus bersendiri. Maklumlah sibuk
belajar di semester terakhir pengajian aku ini. Kata mak, “busy tak henti-henti”…
Hari ini masih berkesempatan menulis
isi-isi hari perjalanan ini. Pernahkah kita mengalami pelbagai situasi dalam
satu hari dalam kehidupan kita sehari-hari? Baik siang atau malam hari? Mesti pernah
kan.
Untuk entri kali ini, aku cuma nak
berkongsi tentang apa yang aku alami, cerita hari sebelum hari ini. Tentang suasana
kehidupan yang bakal-bakal kita semua lalui di kemudian hari. Siapa tahu nanti. keadaan yang tidak kita kerjangka-jangka akan terjadi, walaupun bukan pada diri sendiri, mungkin pada mereka yang ada di sekeliling.
Aku mulakan dengan urutan situasi yang aku
alami dan lihat sendiri dengan mata kepala anugerah Allah ini sewaktu jalan-jalan kat Jalan TAR. Gambar-gambar di
bawah ini adalah realiti untuk ditatapi. Mudah-mudahan kita semua dapat berfikir akan situasi-situasi ini.
#1 kasih seorang ayah kepada anaknya walaupun susah.
#4 Nostalgia kampung di tengah Bandaraya
Subscribe to:
Posts (Atom)