Masih aku ingat isi kandungan usrah yang aku hadiri 4 hari lepas. Usrah
yang menjadi rutin bulanan yang dianjurkan oleh kelab jabatan aku khas untuk
exco-exco. Usrah yang menjadi platform bagi penyucian dan pengisian rohani bagi
orang-orang seperti aku. PEMURAH itulah tajuk yang menjadi pilihan Dr Adib,
penasihat dan pensyarah di jabatan aku.
Pemurah, suatu
sifat yang perlu ada dalam diri seseorang. Tidak kira siapa. Wajib dimiliki
oleh semua yang bergelar manusia, insan yang mulia di sisi-NYA. Menjadi seorang
pemurah, pemberi dan tidak kedekut adalah sifat yang amat terpuji.
Sifat pemurah yang
ada dalam diri ini juga melambangkan diri dan siapa kita. Jika kita selalu
memberi, maka Allah akan selalu memberi kepada kita. Andainya kita kedekut dan
bersifat bakhil, maka bukan sahaja rahmat-NYA tiada bahkan ramai yang akan lari daripada kita.
Aku ini bukanlah
seperti mereka yang selalu menderma di luar sana, Namun cukuplah sedikit aku
memberi daripada menjadi seorang yang berkira. Sekurang-kurangnya aku menambah
pahala daripada aku menambah dosa. Elok aku memberi daripada berlagak sahaja. Harta
itu tidak kemana kalau ia tidak dibelanja pada jalan Yang Maha Esa. Kelak bila
mati ia akan dibiarkan sahaja kepada mereka yang ada di dunia tidak boleh
diusung sekali dalam keranda.
Ada suatu cerita
mengenai seorang lelaki yang mempunyai penyakit hati. Hati yang dimaksudkan ini
bukanlah sifat hati, tetapi fizikal hati yang hakiki yang menghidapi penyakit. Disebabkan
penyakitnya itu, maka dia perlu menjalani pembedahan. Ditakdirkan pada suatu
hari, ketika sedang menunggu giliran untuk menjalani pemeriksaan di sebuah
hospital di luar negara, sedang asyik melihat keluar jendela, matanya
terpandang seorang tua yang sedang memungut cebisan-cebisan daging yang jatuh
di jalanan berhampiran hospital. Lelaki ini
tanpa menunggu lama, dia turun menemui mak cik tua itu dan bertanya,
“kenapa mak cik memungut daging itu?”
Mak cik tua itu menjawab,
“inilah peluang untuk kami memakan daging.”
Akhirnya beliau membawa makcik itu ke kedai daging dan memberitahu
kepada penjual daging itu bahawa dia akan membayar kos daging kepada mak cik
tua tua itu seminggu sekali selama setahun. Selepas itu mak cik tua itu berdoa
kepada Yang Maha Esa semoga lelaki itu sihat dan disembuhkan dari segala
penyakit dan sebagainya sedangkan mak cik itu tidak tahu bahawa pada hakikatnya
lelaki itu memang mempunyai penyakit yang merbahaya. Selepas memberi daging
kepada mak cik tua itu, kesihatan beliau sudah tidak terganggu, sehingga beliau
menjalani pemeriksaan susulan dan didapati bahawa hatinya telah pulih
sepenuhnya.
Cerita itu adalah
sebahagian daripada balasan yang Allah berikan kepada insan yang permurah
seperti dia. Jika kita juga mempunyai sifat pemurah , yakin dan percayalah
bahawa nikmat dan rahmat Allah akan datang kepda kita tanpa kita duga mahupun
teka.
Berilah sekdar
yang mampu, Cuma jangan biarkan diri kita diampu oleh si pengampu dan penipu.
#sekadar berkongsi ilmu apa yang aku tahu.