Alhamdulillah.
Syukur Alhamdulillah.
Tiga series sudah
umur aku.
Kesyukuran aku
panjatkan kepada Allah s.w.t
Tahun ni aku tak
sibuk tengok notifikasi Facebook di telefon sebab dah lama aku tutup media sosial
tu.
Tahun-tahun sebelum
ni bila tiba hari jadi setiap masa nak aje tengok sapa yang ucap hari jadi. Lagi
ramai orang ucap lagi bangga hang rasa.
Tahun 2020 ni, genap
tiga puluh tahun.
Aku rasa banyak benda
yang aku perlu fokus dalam hidup. Banyak tanggungjawab yang kena aku kena
laksana dan tunaikan. Perubahan itu paling penting bila dah masuk tiga series
ni. Aku rasa macam tu.
Perubahan untuk jadi
lebih baik terhadap Tuhan Yang Esa, untuk keluarga, untuk diri sendiri dan
sekeliling.
Tahun 2020 ni tahun
yang mencabar buat semua orang. Aku doakan semoga kita semua berada dalam
lindungan Allah Taala.
Hari ke empat di
bulan Ogos ni, awal pagi pukul 6.12 aku dapat ucapan hari lahir dari bekas
housemate masa aku kerja kat Klang dulu. Ingat dia dekat aku walaupun lama tak
bersua.
Aku harap segala
ucapan sempena ulangtahun kelahiran aku ni dimakbulkan Allah taala. Terima kasih
pada teman yang suka ucap ulangtahun pada aku.
Moga hari-hari
mendatang lebih baik untuk aku dan kalian semua.